“Alhamdulillah, Segan Nak Cerita Awal Lagi…. ” – Abby Abadi Kongsi Berita Gembira Di Usia 42 Tahun

Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Jai Ezzany pelakon Abby Abadi memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua. Perkongsian melalui laman Instagram miliknya, bekas anggota kumpulan Elite itu memuat naik gambar di sebuah klinik serta kapsyen meluahkan rasa syukur setelah selesai pemeriksaan.

ALHAMDULLILLAH TERIMA KASIH DR2 MUDA YG CANTIK MENAWAN NI LAYAN PESAKIT DGN SANGAT BAIK SEKALI. SANGAT SUKA DPT KENAL DGN DR2 YG BAIK BUDI NI. DAHLAH BAIK, CANTIK COMEL BERBUDI BAHASA PULAK TU

SUAMI @JAIEZZANY BAWAK SY PERGI SCAN TADI. ALHAMDULLILLAH SYUKUR. NANTILAH SY CERITA YE, SEGAN NAK CERITA SKRG. AWAL LAGI HIHI… .

UTK DR2 & ADIK2 DI KLINIK ANDA: JANGAN SERIK JUMPA SY SETIAP BULAN MULAI BULAN NI YE HEHE..

Menurutnya, apa yang dikongsi itu mungkin terlalu awal lagi namun Abby seperti memberi bayangan bahawa dia sememangnya telah berbadan dua.

Perkongsian itu dihujani dengan ucapan tahniah dan syukur daripada rakan selebriti dan pengikutnya serta berharap agar segala urusan Abby akan dipermudahkan.

Syukur kak abby…

Alhamdulillah do take care…

Hihi mengandung rupanya patut ler pening2 aritu…

Jaga diri baik2 kak…

Sumber: IG @abby_abadi112 via OMM