Indahnya Pemergian Mu. Pesara Polis Meningg4l Ketika Tunggu Solat Subuh, Isteri Dedah Saat Akhir Suami

“ Hari ini (semalam) arw4h diam saja dan terus menaiki kereta menuju ke masjid bagi menunaikan solat Subuh tidak seperti kebiasaannya,” kata Ruslin Annuar, 69.

Dia adalah isteri kepada Abdullah Salleh,69, yang meninggal dunia ketika menunggu waktu Subuh di Masjid Alkhariyyah Sri Gombak pada jam 5.30 pagi, semalam.

Ruslin berkata, kebiasaannya arw4h akan menegurnya seperti memberi salam sebelum keluar dari rumah, tetapi tidak pada hari semalam.

“ Cuma hari ini dia diam saja, mak cik hanya tengok (lihat) dia berjalan menuju ke kereta dan dia berlalu pergi hinggalah mak cik dimaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di Taman Sri Gombak, semalam.

Sementara itu, besan arw4h, Sulaiman Omar, 64, berkata, sebelum dia tiba ke masjid, arw4h sudah berada di dalam masjid dan menunggu azan Subuh dalam keadaan berwuduk.

“ Tiba-tiba saya dihubungi jemaah masjid memberitahu Pak Dollah (arw4h) tiba-tiba pengsan.

“ Saya bergegas masuk ke dalam masjid dan melihat arw4h dalam keadaan terlentang,” katanya.

Katanya, dia kemudian memeriksa nafas dan nadi arw4h dan yakin arw4h sudah meninggal dunia sebelum pasukan perubatan hadir untuk pengesahan.

“ Saya mengambil kain sarung dan menutup wajahnya sehingga ke badan. Wajahnya dalam keadaan tenang,” katanya.

Sulaiman berkata, arw4h yang juga pesara polis itu antara individu yang sering awal ke masjid meskipun keadaan arw4h kurang sihat.

“ Arw4h tetap bersemangat untuk berjemaah, arw4h kebiasaannya sudah berada di masjid seawal jam 5 pagi.

“ Manakala, setiap Sabtu dan Ahad, saya dan arw4h akan mengikuti kuliah Subuh sebelum pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, arw4h tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 5.45 pagi.

Arw4h meninggalkan dua anak, Ably Nisyam, 38, Nadia, 35, dan tiga cucu.

Jenaz4h selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permata, Gombak selepas solat Asar.

Terdahulu pesara polis tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika menunggu waktu Subuh di Masjid Alkhariyyah Sri Gombak. Gombak, hari ini.

Abdullah Salleh, 69, dari Taman Sri Gombak dikatakan baru lepas berwuduk dan sedang bersila di ruang solat sementara menunggu azan Subuh.

Bagaimanapun, arw4h tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada 5.30 pagi.

Isterinya, Ruslin Annuar, 69, berkata, suaminya itu pernah mengadu sesak nafas selain dalam keadaan lemah kebelakangan ini.

“ Bagaimanapun, arw4h masih kuatkan diri untuk berjemaah di masjid,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Arw4h meninggalkan dua anak, Ably Nisyam, 38, serta Nadia, 35, dan tiga cucu.

Jenaz4h akan dikebumikan di Tanah Perkub0ran Bukit Permata, Gombak selepas solat Asar.

Sumber: hmetro