“Alhamdulillah, Akhirnya Jumpa Jodoh, Selesai ‘Merisik’” – Ardell Aryana

Posting terbaharu pelakon Ardell Aryana menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG), menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

Menerusi entri tersebut, rata-rata beranggapan bahawa Ardell telah dirisik oleh seseorang dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

“Alhamdulillah, akhirnya jumpa jodoh, selesai ‘merisik’. Gambar Sekadar Hiasan konon acah-acah kita la kena risik.

“Slide left, itulah wajah wanita sebenar yang ‘dirisik’. Kita ni wakil tukang merisikkan je.

“Bakal ‘Kak Ipar’ baru pak kikikk. Nak jadi suami orang dah abang sulong 22 hari bulan ni.

“Kita pulak excited macam nak nangis abang nak nikah dah. Caitt! Baca ni jangan tanya saya bila lagi ya!,” tulisnya.

Rata-rata mengakui terkejut apabila melihat gambar dikongsikan oleh Ardell dan mula faham apabila sudah membaca status yang ditulis olehnya itu.

Ada juga yang mendoakan agar Ardell segera bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya nanti.

Nadzmi Adhwa cepat pinang dia dengan bismillah…

Laa ingat sis yang tunang.. baru nak rasa gembira…

Sumber : Instagram Ardell Aryana via Gempak