Ada Bahagian Yang Kami Tidak Cerita’ Ini Luahan Sebenar Ibu Ayah Ainul Mardhiah DiSebalik Buat Rawatan Di United Kingdom

RUMAH siap pahat berbunyi, walaupun ketum buhan di mulut bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ berjaya dikeluarkan, namun ada segelintir pihak mempersoalkan tentang pembedahan itu yang dilakukan di United Kingdom (UK).

Pertikaian itu ternyata mengguris perasaan ibu bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi.

“Sedih dengan segelintir yang masih tak dapat terima keputusan apa yang kami lakukan pada anak kami. Kalaulah saya boleh cerita dari A-Z apa yang kami lalui dari Ainul lahir sampai Ainul yang sekarang.

“Macam mana susahnya kami cari rawatan untuk Ainul. Ada bahagian yang kami tak mampu nak cerita sebab kami jaga aib dan kerja masing-masing.

“Kami tak sanggup nak lukakan hati banyak pihak. Terima kasih semua. Saya sangat sedih,” demikian luahan Nurul Erwani menerusi perkongsian di IG Story di laman sosial Instagram miliknya, lewat malam Isnin waktu Malaysia.

Ahmad Saifuddin dan Nurul Erwani bersama Ainul sebelum pembedahan dijalankan. Foto Instagram _nrlerwani

Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, selain pembedahan yang terlalu berisiko, keputusan untuk membawa Ainul ke UK juga adalah salah satu risiko yang besar perlu ditempuhi anaknya itu.

“Tahukah anda, tiga hari selepas Ainul tiba di sini, dia terus dimasukkan ke PICU (Unit Rawatan Rapi Pediatrik) kerana jangkitan?

“Bacaan oksigennya dari 100 peratus turun kepada 50 peratus serta-merta, Ainul tiba-tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.

“Mengikut kata doktor, Ainul kena jangkitan disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang,” katanya.

Luahan ibu Ainul di laman sosial Instagram miliknya.

Sehubungan itu, Ahmad Safiuddin menepis dakwaan bahawa keputusan membawa Ainul ke UK hanya atas dasar kehendak mereka sendiri.

“Jika kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa Ainul ke sini pun satu risiko yang besar buat dirinya.

Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di UK, jangan pula dipersoalkan di mana, yang penting pembedahan berjaya. Alhamdulillah.
DR AMALINA

“Alhamdulillah, seminggu pertama Ainul betul-betul struggle (berjuang) lawan jangkitan berkenaan dan dia berjaya!” ujarnya di laman sosial Facebook miliknya sambil berharap Ainul diberikan kesembuhan secara menyeluruh.

Dr Amalina (kiri) bersama ibu bapa Ainul. Foto instagram dramalinabakri

Dalam pada itu, Dr Nur Amalina Che Bakri yang merintis usaha membawa Ainul untuk menjalani rawatan di UK meminta semua pihak tidak membandingkan usaha mana-mana doktor.

“Janganlah dibanding-bandingkan usaha mana-mana doktor. Kami sebagai doktor akan membantu sesiapa sahaja jika mampu tidak kira di mana kami berada, tidak ada kena-mengena dengan isu peribadi dan sebagainya.

“Sudah tertulis rezeki Ainul untuk mendapat rawatan di UK. Jangan pula dipersoalkan di mana, yang penting pembedahan berjaya. Alhamdulillah,” katanya.

Dr Amalina mengucapkan terima kasih kepada semua doktor yang merawat Ainul.

Lebih dikenali sebagai Dr Amalina, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua doktor yang merawat Ainul sama ada di Malaysia atau di UK.

Beliau turut meminta agar semua pihak tidak menyakiti hati ibu bapa Ainul yang mahu yang terbaik buat anak pasangan itu.

“Marilah kita doakan sahaja kesejahteraan mereka dan semua doktor di dunia ini yang banyak berkorban untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan. Amin,” katanya.

“Dia ikhlas, bukan untuk ‘cover’ sebarang kritikan” – Ibu Dr Amalina dedah kenapa dia menangis, kongsi apa berlaku di sebalik rawatan Ainul Mardhiah di UK

DAHULU beliau pernah menggegarkan negara dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang luar biasa apabila memperoleh 17A1.

Kisah yang menjadi tajuk utama media tempatan itu berlaku pada 2004 dan kini namanya kembali meniti di bibir rakyat Malaysia apabila merintis usaha untuk merawat bayi yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Menerusi pembedahan di sebuah hospital kanak-kanak di London pada Isnin lalu, ketum buhan seberat 200 gram di mulut bayi sembilan bulan itu berjaya dikeluarkan.

Betapa besarnya cabaran pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri untuk mengatur pembedahan bayi itu sehingga ia menjadi realiti.

Ketum buhan pada mulut Ainul Mardhiah berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan di London. Foto Instagram _nrlerwani

Di sebalik berita menggembirakan rakyat Malaysia terutama ibu bapa Ainul, ibu Dr Amalina berkongsi perasaan terharunya di atas usaha anak kesayangannya itu.

Mengakui Dr Amalina jarang bercerita mengenai tugasnya kerana hal perubatan begitu sulit untuk dikongsikan, Sabariah Hassan mengetahui mengenai hasrat anaknya untuk membantu merawat Ainul menerusi laman sosial Instagram doktor muda itu.

“Saya terlalu terkejut dan pada masa sama cukup terharu apabila Amalina mahu membantu Ainul dan meminta bantuan orang ramai untuk dia berhubung dengan ibu bapa bayi itu.

“Saya sebak sampai menangis kerana bersyukur Amalina mempunyai nilai insaniah yang sangat tinggi. Saya terbayang keadaan Ainul sebelum pembedahan menerusi gambar-gambar dan melihat kesakitan yang dialaminya di depan mata sendiri semasa saya berada di London, baru-baru ini,” katanya kepada mStar.

Dr Amalina (kiri) bersama ibu bapa Ainul, Nurul Erwani Zaidi (tengah) dan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak. Foto Instagram dramalinabakri

Sabariah yang baru pulang ke tanah air selepas dua minggu di London bertemu dengan anak tunggalnya itu berkata, Dr Amalina menghadapi banyak cabaran untuk membawa Ainul dan ibu bapa bayi itu ke London, termasuk kewangan dan pakar-pakar yang berpengalaman.

Menurut Sabariah, faktor kewangan juga menjadi cabaran kerana rawatan tersebut memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi, dan menerusi akaun Instagram, Dr Amalina menyeru orang ramai untuk menghulurkan sumbangan.

“Amalina juga merayu sana sini termasuk di akaun Instagramnya. Syukur, Allah permudahkan urusannya dengan kerjasama kenalan di UK dan pihak lain di Malaysia.

“Pakar-pakar perubatan yang hebat dan berpengalaman bukan sahaja teruja, malah mereka mempunyai sifat perikemanusiaan yang tinggi untuk menyelamatkan nyawa Ainul dan mengembalikan senyuman buat anak kecil itu dan kedua ibu bapanya,” katanya.

Ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan. Foto ihsan Sabariah Hassan

Mohon doakan Ainul

Sabariah yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor berkata, Dr Amalina terlalu teruja apabila Ainul dapat dibawa ke London dengan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak.

“Nampak wajah Amalina cukup teruja. Bukan mudah nak bawa bayi dengan keadaan yang kronik dan proses untuk menguruskan juga rumit, tapi semuanya mengikut prosedur.

“Amalina kata ‘Mama, pray for me (doakan untuk saya), pray for Ainul (doakan untuk Ainul). Amalina juga meminta doa rakyat Malaysia agar Ainul disembuhkan,” ujarnya.

Amalina buat dengan ikhlas, bukan untuk dipuji dan bukan juga untuk cover semua kritikan dan tohmahan yang diterimanya selama ini. Dia masih Amalina yang dulu
SABARIAH HASSAN

Sepanjang dua minggu di London, katanya, Dr Amalina sibuk dengan jadual kerjanya di hospital termasuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan Ainul.

“Amalina selalu on call (standby) 24 jam. Tapi Amalina tak merungut kerana dia cukup suka dengan kerjanya. Malah, dia cukup bersemangat untuk berurusan tentang Ainul,” katanya.

Ainul kini stabil selepas pembedahan. Foto Instagram _nrlerwani

Dalam pada itu, ibu Dr Amalina turut berkongsi kisah di sebalik Hari Raya pertama dua beranak itu di London pada 4 Jun lalu, yang jatuh sehari lebih awal berbanding Malaysia.

“Sehari sebelum 1 Syawal, Amalina on call dan hanya balik ke rumah pukul 9 pagi esoknya pada Hari Raya. Dia berehat dulu beberapa jam sebab penat bekerja.

“Kemudian kami makan tengah hari bersama. Lepas solat Zohor, kami ke hospital dan berjumpa dengan ibu bapa Ainul.

“Kami beraya bersama mereka, dan saya bawa ayam masak merah dan nasi tomato yang saya masak, dan kami menjamu mereka makan,” katanya.

Dari kiri, Dr Amalina, Sabariah bersama ibu bapa Ainul pada Hari Raya pertama di hospital. instagram dramalinabakri

Tak peduli tohmahan

Menyedari penampilan terbaru Dr Amalina yang dikritik hebat netizen, Sabariah menegaskan bahawa dia dan anaknya tidak mengambil peduli mengenai tohmahan itu.

Menurutnya, apa yang masyarakat lihat pada Dr Amalina itulah realiti anaknya meskipun penampilannya yang dahulunya bertudung semasa di sekolah.

“Kami tak ambil kisah dan Amalina sendiri begitu sibuk dengan kerjanya, daripada mahu melayan kata-kata netizen. Biarlah orang bercerita yang buruk pasal dia.

“Dia juga dikritik kerana berada lama di luar negara, tetapi membuktikan dengan pengalaman dan insiatifnya, dia juga dapat membantu rakyat Malaysia.

“Selama ini pun, Amalina banyak berkongsi ilmu terutama berkaitan perubatan dengan pengikutnya di laman sosial yang majoritinya adalah rakyat Malaysia,” tambahnya.

Tum0r yang berjaya dikeluarkan dari mulut Ainul merupakan berita paling gembira buat Dr Amalina yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan pembedahan bayi itu.

Sabariah berharap anaknya, Dr Amalina terus merendah diri dan berbakti kepada masyarakat. Foto Instagram dramalinabakri

Namun apa yang dilakukan oleh anaknya adalah ikhlas tanpa mengharapkan pujian, dan bukan mahu membersihkan namanya di atas siri kritikan sebelum ini.

Tetap Amalina yang dulu

“Amalina sangat teruja sampai hilang rasa penatnya. Dia bersyukur sebab segalanya dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak.

“Amalina buat dengan ikhlas, bukan untuk dipuji dan bukan juga untuk cover segala kritikan dan tohmahan terhadapnya selama ini. Dia masih Amalina yang dulu,” katanya.

Sabariah berkata, dia berpesan kepada anaknya agar terus berbakti kepada masyarakat sama ada di UK, Malaysia mahupun di negara-negara lain.

“Saya mendoakan agar Ainul terus diberikan kesihatan yang baik, dan membesar menjadi seorang anak yang cerdik dan berjaya di dunia dan akhirat.

“Buat anak saya Amalina, terus kekal merendah diri dan berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh kesabaran dan semangat insaniah yang tinggi. Saya mendoakan dia agar menjadi seorang doktor di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Ibu Bapa Tak Sangka. Buat Pertama Kali, Tun M lawat Ainul Mardhiah di London

PERDANA Mnteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat bayi menghidap kans3r mulut Germ CeIl Tum0r, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, di hspital di London.Lawatan Perdana Mnteri itu dilaporkan menerusi akaun Twitter chedetofficial dan Fcebook beliau, hari ini. V1deo lawatan itu turut dimuat naik, di mana kelihatan Perdana Mnteri disambut pihak hspital.

Turut kelihatan ibu bapa bayi berusia sembilan bulan terbabit, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 24.

Perdana Mnteri berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi tiga hari sejak Jumaat lalu.

Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembdahan membuang ketumbvhan di mulutnya pada 10 Jun lalu, dipindahkan ke w4d biasa sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak hari ini berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Perdana Mnteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di London, semalam.

Gambar berkenaan yang turut memaparkan isterinya, Nurul Erwani Zaidi; pakar bdah pelatih, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terbabit dalam merawat Ainul Mardhiah dimuat naik dalam laman Fcebooknya.

“Alhamdulillah. Selain Tun Dr Mahathir, Mnteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pun pernah bertemu kami sejurus kami tiba di hspital pada hari pertama.

“Mereka semua mendoakan yang terbaik buat Ainul Mardhiah,” katanya.

Dr Mahathir semalam menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kediaman Pesuruhjaya di Templewood Gardens, London

Beliau sebelum ini dalam lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK) sejak Jumaat lalu.

Pada masa sama, Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi kerajaan termasuk Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan wakil rakyat yang banyak membantu beliau serta keluarga dalam urusan pembdahan Ainul Mardhiah.

“Tidak ketinggalan juga (ucapan terima kasih) kepada doktor yang merawat Ainul sebelum ini, NGO (badan bukan kerajaan), ahli korporat, rakyat Malaysia dan pihak lain yang banyak membantu memudahkan urusan kami.

Teruskan melakukan kebaikan

“Tiada kata lain boleh kami katakan, tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa, anda semua membuat satu perkara yang baik dan mulia di sisi Tuhan. Tuhan akan mengira setiap usaha baik tuan/puan yang dilakukan di akhirat kelak.

Terima kasih buat semua

“Terima kasih kepada semua doktor (Malaysia dan UK) kerana anda semua adalah insan yang sentiasa mahukan yang terbaik buat Ainul,” katanya.

Ainul Mardhiah, sembilan bulan, yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ selamat menjalani pembdahan membuang ketumbvhan di muIutnya di sebuah hspital di London, 10 Jun lalu.

Ketuvmbuhan pada muIut bayi berkenaan yang mula membessar sejak dilahirkan hingga mencapai berrat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bed4h dan anstetik, diterajui Ketua Unit Crani0facial hspital berkenaan, Prof David Dunaway.

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin stabil juga membolehkan bayi itu dipindahkan ke w4d biasa sejak Jumaat lalu, dengan semua jarvm di tangan dan kakinya sudah dicabvt

Apa komen netizn

Karina Ct, Alhamdullilah..bestnya bertuah baby Ainul mardhiah…semoga yg menjayakan misi Ibubapa Ainul dan Dr Amalina serta baby Ainul dan Tun M selalu di berkati kehidupan.. agar Allah memberi Rahmat ke atas setiap yg membantu dan melawat baby ainul..

Ainul Mardhiah, Alhamdullilah..bestnya bertuah baby Ainul mardhiah…semoga yg menjayakan misi Ibubapa Ainul dan Dr Amalina serta baby Ainul dan Tun M selalu di berkati kehidupan..agar Allah memberi Rahmat ke atas setiap yg membantu dan melawat baby ainul..

Hanna Hananie, Bertuah bukn sebb lawatan sipulan.Tapi sebb dapt menjalani pembdahan di sana.dn beransur-ansur pulih..

Hajar Mariah, Ada tertanya-tanya juga PM p London Tu tak ke melawat adik Ainul…tak sangka Tun M pergi

Sumber : HarianMetro dan Mstar kredit : citemalaya