“Anak Tak Pernah Merasa Pegang Tangan Bapak”, Luahan Terbaru Rita Rudaini Buat Ramai Simpati

Sempena Hari Bapa 16 Jun, pelakon Rita Rudaini telah mengucapkan Selamat Hari Bapa buat ibu-ibu tunggal. Bagaimanapun, ucapan dan luahan Rita itu ternyata membuatkan netizen sebak. Menurut Rita, dia tidak menghiraukan penat Lelah bekerja asalkan mampu membuatkan anak-anaknya gembira.

Apa yang menarik, anak Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan telah memuat naik ucapan Father’s Day kepada ibunya yang buat ramai tersentuh.

” Thank you, Mommy for taking care of me. Thank you for raising me up.Thank you for buying anything I want.I promise I will take care of you mommy and be a better person to you and adik. Happy Fathers Day mommy and I love you mommy!

Kata-kata anaknya itu kemudian dikongsikan semula Rita di Instagram beliau. Berikut luahan perasaan Rita menerusi coretan di kemas kini terbaru di akaun Instagramnya yang mampu buatkan ramai berjurai air mata.

” Kadang-kadang nampak je dia jenis cool…tp dia ni hati sgt sensitif….klau dia buat salah kt mommy,dia cepat-cepat mintak maaf dgn linangan air mata dia…nampak dia ni mmg jenis yg menjaga family,tegas (mcm mommy) sgt bertanggungjwb…

” Semalam bagitau dia ‘harini fathers day’ …trus dia mintak fon mommy…dia voice watsap kt paklong @d4nimuz7 n paksu @neves7727 wish Happy Fathers day lps tu dia mintak buka ig dia n mintak mommy letak pic..dia ckp dia nk wish something…

” Mommy pesan pulak,lps tulis bg mommy cek dulu jgn post (mcm biasa sbb mommy tak suka anak-anak mommy tulis benda pelik-pelik or komen-komen kt ig org) terharu hati mommy.

” Terus bersemangat mommy kemas umah buat macam-macam..sbb kata-kata anak-anak adalah spt antibiotik utk mommy..tkasih anak-anak..

” Walaupon tak pernah mintak itu ini, tak pernah merengek tanya ‘bapak’, tak pernah merasa pegang tangan ‘bapak’ , tak pernah merasa spt kwan-kawan lain beraktiviti dengan ‘bapak’ ..

” Mereka sangat memahami walaupon usia masih kecik..smua tu kuasa ALLAH hadiahkn mommy anak-anak yg tak pernah REBEL …

” Insyaallah kalau cukup kasih sayang n perhatian hanya dr seorg ibu,anak-anak takkan terasa asing …kasih ibu sgt luas,kasih ibu mengatasi segalanya..kasih ibu adalah kasih yg paling sejati…tkasih ryan n juna…tkasih hadir dlm hidup mommy..

” Terima kasih ALLAH pinjamkn sy anak-anak ini ..panjangkn umur kami ,permudahkan perjalanan hidup kami dan jdkan mereka anak-anak yg soleh dan berbudi…amin..”

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Admin tidak kenal sangat Rita, tidak tahu sifat peribadi Rita. Apa yang admin tahu Rita seorang ibu tunggal yang sangat tabah dalam membesarkan anak seorang diri. Admin doakan kebahagiaan Rita dan anak-anak. Semoga Allah pelihara mereka dunia dan akhirat.

Sumber: mstar