Sudah Jatuh DiTimpa Tangga’ Keluarga Aliff Aziz Minta Tarik Balik Laporan Polis Tapi Ini Keputusan Raja Yunika Putri

Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa Aliff Aziz menc4ri wangnya ketika berada dalam sebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu. Yunika menerusi portal berita haluankepri.com mengaku berjumpa dengan Aliff di Clarke Quay, Singapura. “Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter.

“Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.

“Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.

“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” dakwanya.

Yunika melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kes itu kini dikendalikan oleh polis republik itu.

“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono,” katanya.

Beberapa portal berita di Indonesia menyebut Aliff Aziz sebagai artis yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Namun selepas itu berita dari harian metro pulak,

PELAKON dan penyanyi lelaki Singapura yang dikatakan m4ncuri sejumlah wang milik pelakon Indonesia , Raja Yunika Putri dipercayai sudah dit4han polis Singapura.

Perkara itu dimaklumkan Raja Yunika kepada Harian Metro, hari ini.

“Keluarganya ada menghubungi saya bertanya apa yang boleh saya bantu bagi mengeluarkan artis itu daripada tahanan,” katanya.

Raja Yunika berkata, setakat ini dia belum memberi sebarang maklum balas kepada keluarga artis terbabit dan kekal dengan pendirian tidak mahu menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Terdahulu, Raja Yunika mendakwa artis terbabit menc4ri sejumlah wang dari beg tangannya ketika mereka bertemu di sebuah restoran Jepun di Singapura pada 7 Jun lalu.

Sebelum ini, artis terbabit turut merayu supaya dia menarik balik laporan polis. Bagaimanapun, atas nasihat beberapa pihak, Raja Yunika tetap meneruskan laporan itu.

Kesian Aliff Aziz sudah jatuh ditimpa tangga,harap dugaan yang melanda padanya menjadi iktibar dan menguji kesabarannya.

sumber : gempak dan hmetro