Atasi Masalah Ketagih Makanan Ringan Dengan Gelang Kejutan Elektrik Ini!

Makanan ringan antara satu sebab berat badan naik. Bila mula makan makanan sebegini memang sukar untuk mendisiplinkan diri dari ambil sedikit sahaja.

Orang kata kalau dapat mengunyah sesuatu memang susah untuk berhenti. Lagi-lagi kalau dapat kudap-kudapan seperti kekacang atau pun keropok. Lain macam penangannya!

Gambar sekadar hiasan.

Bagi korang yang mengalami masalah yang suka sangat makan makanan ringan seperti di atas mungkin boleh atasinya dengan memakai gelang kejutan elektrik yang diberi nama Pavlok ini.

Gelang ini dapat membantu rasa keinginan tabiat tidak bagus tersebut dengan memberikan kejutan elektrik 350 volt setiap kali korang menyentuh tin biskut.

pavlok

Gelang elektrik ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi Pavlok di telefon pintar. Keluarga dan teman-teman juga boleh memuat turun aplikasi ini bagi bantu merangsang mendisiplinkan habit pemakanan korang dari jauh.

Lebih menarik ia bukan sahaja boleh mengawal tabiat pemakanan malah dapat kawal tabiat buruk lain seperti merokok, gigit kuku dan juga terlebih tidur.

Pavlok-App-habit-overview-and-selection

Selain memberikan kejutan elektrik, ia juga turut berbunyi dan memberikan getaran kepada si pemakai.

Jadi ia juga boleh mengejutkan korang dari bangun tidur jika disetkan jam loceng melalui aplikasinya.

Dengan syarat kena pakai gelang ini waktu tidur. Untuk mengejutkan korang dari bangun tidur, ia akan vibrate dan jika korang masih buat tidak tahu ia akan memberikan kejutan elektrik!

Ada berani nak cuba? Gelang elektrik ini boleh didapati di Amazon dengan harga £193.62 (RM1,020).

Sumber: Mirror