‘ I Sangat Happy Bila Daddy Maream Akhirnya Remarry’- Farah Lee

Umum mengetahui bahawa rumah tangga personaliti TV3, Ally Iskandar dan bekas isteri, Nurfarahin Romli sudahpun berakhir sejak 17 Ogos 2016. Sejak daripada perpisahan itu, Farah Lee sering menerima nasihat daripada netizen apabila mereka memintanya untuk kembali bersama bekas suaminya itu demi kebaikan anak.

Terbaru, menerusi Instagram Farah, dia meninggalkan sebuah komen kepada pengikutnya bahawa dia sangat gembira apabila bekas suaminya itu sudah berkahwin lain. Komen yang ditinggalkan Farah itu, ternyata membuatkan dirinya berasa lega kerana tidak perlu melayan permintaan netizen yang inginkan mereka berdua bersama.

Moment Maream bertemu daddy

Menerusi Instagram Farah, dia berkongsi detik pertemuan Maream bersama Ally sewaktu mereka tiba di Malaysia pada 29 Mei yang lalu. Sewaktu tibanya mereka di Malaysia, Ally menyambut ketibaan dirinya dan Maream. Ternyata Maream seakan gembira berjumpa daddynya ketika itu.

Melalui perkongsian video itu, Farah kembali menerima komen daripada netizen apabila mereka mahu melihatnya kembali bersama bekas suaminya itu demi kebaikan Maream. Namun, komen tersebut dijawab semula oleh Farah dengan menyatakan bahawa bekas suaminya itu sudahpun berkahwin.

Be sensitive and respect

Menerusi komen yang ditingalkan oleh Farah buat netizen, dia memberitahu bahawa dia sangat gembira bekas suaminya sudahpun berkahwin. Oleh itu, netizen boleh berhenti untuk menasihatkannya supaya kembali semula bersama Ally. Tambahnya dia meminta netizen untuk menghormati perasaan orang lain.

Sumber: Farah Lee