‘Lelaki Haram Pakai Rantai’ – Bossned Lantang Respon Teguran Benarkan NeyNey Pakai Rantai

Keluarga kecil pasangan Nora Danish dan Nedim juga gemar berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial sehinggakan putera kecil mereka turut mendapat perhatian. NeyNey antara bayi yang pernah mendapat kecaman netizen gara-gara kelihatan tidak comel seperti bayi lain.

Bila makin besar, makin kelihatan handsome pula. Terbaru, foto NeyNey yang dimuatnaik Nedim ini ditegur netizen kerana memakai rantai di leher. Lihat jawapan balas Nedim backup anaknya itu.

Tegur NeyNey pakai rantai

Foto dengan kapsyen ‘Last night someone went out for a date with Mommy‘ ini telah dimuatnaik Nedim menyaksikan anak bongsunya itu, NeyNey memakai seutus rantai silver di leher telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen menegur tindakannya memakaikan perhiasan tersebut pada NeyNey.

Rantai kan perhiasan wanita

Lelaki haram pakai rantai

Beli pakai duit raya

Meskipun banyak teguran mengenai rantai itu diterima Nedim, namun, kelihatan dia tenang memberi respon terhadap setiap teguran diterima. Malah, dia turut menegur netizen untuk memahami secara mendalam terhadap hukum haram untuk dipakai lelaki. Tambahnya, dia turut memaklumkan rantai tersebut dibeli hasil duit raya NeyNey.

Sumber: Bossned via Ohbulan