Rupanya Ada Lagu P. Ramlee Yang Mengikut Tajwid Al Quran..Ustaz Ini Dedah Sesuatu Buat Semua Terkedu

Tan Sri P. Ramlee PSM, AMN dilahirkan dengan bakat seni yang besar dan hebat. Perjuangan selama 25 tahun dalam bidang seni membawanya ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai pengusaha filem yang terkenal di Malaysia dan Singapura.

Video Kuliah Berada Di Bawah Artikel

Ramli bin Puteh @Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau nama seninya P. Ramlee telah dilahirkan pada hari Jumaat (pagi Aidilfitri) 22 Mac 1929 di Pulau Pinang.

Beliau lahir di rumah neneknya yang sekarang dijadikan sebagai Muzium P. Ramlee di Counter Hall (sekarang diganti namanya menjadi Jalan P. Ramlee), Pulau Pinang.

Bapanya, Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumah tangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa (dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee mulai November 2011) serta di Sekolah Francis Light dan seterusnya di Sekolah Penang Free sehinggalah meletus Perang Dunia Kedua.

Ada Tajwid Dalam Lagu P Ramlee

Satu rakaman video yang asalnya dimuat naik oleh Masjid Bandar Seri Putra, Bangi mendapat banyak tontonan. Ia berkenaan tentang Seniman Agung Tanah Air, P Ramlee. Kuliah ini disampai kan oleh Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin

Perkara ini ramai yang tidak tahu kenapa lagu P Ramlee sampai ke hari ini sedap didengar dan boleh diminati dengan semua peringkat umur.

Keajaiban Al Quran

Al quran mempunyai keajaiban yang sangat unik. Tajuk ini telah mempesonakan jemaah dalam kuliah. Kuliah dhuha Ahad 29 September, 2013 mulai 9.30 pagi. Kuliah di markaz Pas Cawangan Taman Dahlia, Pulai, Johor. Alamat 37 Jalan Dahlia 9, Taman Dahlia, 81200 Tampoi, Johor Bahru.

Keajaiban al quran mirip keajaiban lagu-lagu P. Ramlee. Ustaz Syafiq bin Abdul Aziz, naqib, merangkap Ketua Pemuda Pas Kawasan Pulai, membentang hasil kajian Ahmadi Hassan.

Menurut kajiannya liuk lentuk lagu P. Ramlee adalah mengikut tajwid al quran. Contoh lagu “Engkau Laksana Bulan”. Kalimah “En” dalam perkataan “engkau” ialah dengan syiddah (bersabdu).

Dan juga kalimah “Bu” dalam perkataan “bulan” mempunyai 2 harkat. Kajian Ahmadi Hasan bahawa ini adalah hukum tajwid. Kita tidak jemu mendengar qari atau qariah membaca al quran dengan tajwid yang betul. Begitu juga kita suka dengar lagu-lagu P. Ramlee yang sudah jadi lagenda kerana ujud tajwid al quran di dalamnya.

149 lagu P. Ramlee diisytihar Warisan Kebangsaan 2018

Sebanyak 149 lagu gubahan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan antara 255 butiran warisan yang diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

Antara lagu malar segar yang tersenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018

Nama P Ramlee Selalu Didoakan Pada Setiap Malam Jumaat Di Masjid Singapura Sehingga Kini

Perkara ini diberitahu oleh Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin, setiap malam jumaat nama P Ramlee akan dimasukkan ke dalam doa di Masjid Sultan, Singapura. Perkara ini berlanjutan sehingga ke hari ini. Subhanallah.

Video Kuliah Tersebut.

Semoga roh P Ramlee ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Amin.

Ramai tak tahu..Setiap malam Jumaat, sampai sekarang Arwah P.Ramlee di doakan di Masjid Sultan, Singapore.

Posted by UPAH HAJI Lengkap on Sunday, June 16, 2019

Sumber: awatttsyeikh