Bekas pelajar tampil mempertahankan tindakan guru..Ini kata-katanya

SEORANG lelaki tampil mempertahankan tindakan bekas gurunya yang merotan pelajar perempuan kerana mengeluarkan perkataan biadap, semalam. Bekas pelajar SMK Skudai itu memberitahu, guru lelaki yang mengajarnya subjek Bahasa Melayu itu merupakan seorang yang baik dan penyabar. Menurutnya tindakan guru itu cuma untuk memberi pengajaran agar pelajar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

“Well guys, dia adalah cikgu BM saya, belajar dengan dia selama 5 tahun dan sekarang sudah 8 tahun saya kenal dia.

“Cikgu memang baik orangnya dan jarang rotan anak murid. Sebab dialah saya fasih berbahasa Melayu dan kerana cikgu-cikgu di sekolah itu merotan saya, sekarang saya berjaya melangkah ke universiti,” tulis Siva N Eswaran menerusi satu komen di Facebook.

Siva juga meluahkan rasa kecewa terhadap pelajar perempuan terbabit kerana bersikap kurang ajar menggelarkan cikgu berkenaan sebagai pondan.

Malah, dia menyifatkan ibu bapa pelajar terbabit gagal dalam membentuk anak mereka menjadi insan yang menghormati orang lain.

“Pelajar itu memang patut kena rotan. Kalau saya jadi cikgu, saya akan suruh dia cuci jamban sekolah sebab mak bapak dia gagal dalam mendidik anaknya menghormati orang lain,” tulisnya lagi.

SUMBER – kulihatlangitbiru