Sekembalinya Mengerjakan Umrah, Lisa Surihani Kini Tampil Berhijab

Aktres cantik manis Lisa Surihani menjadi tumpuan apabila beliau tampil mengenakan hijab. Melalui Instagram Zayan, Lisa Surihani tampak sangat manis mengenakan hijab ketika menghadiri satu majlis.

Berdasarkan Instagram beliau, Lisa Surihani baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Melalui instastorynya juga, aktres berbakat itu ada menulis sesuatu berkenaan memenuhi tanggungjawab.

sekembalinya mengerjakan umrah, lisa surihani kini tampil berhijab

“As we both set out to fulfil our respective responsibilities.”- Instastory Lisa Surihani.

Namun, sehingga kini aktres itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Kami di ZAYAN mendoakan yang terbaik buat Lisa Surihani dan semoga beliau diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan penampilan terbarunya.

Sumber: Instagram ZAYAN, Lisa Surihani