Selepas Cikgu Ini Dimarahi Ibu Pelajar Sebab Rotan Anaknya, Kantoi Satu Gambar Yang Menceritakan Sebaliknya

Semalam, viral klip video seorang guru dimarahi oleh ibu kepada seorang pelajar perempuan kerana berang anaknya dirotan sehingga berbirat di lengan dan kaki.

Difahamkan, guru lelaki itu berbuat demikian kerana pelajar itu memanggilnya ‘Ah Kua’ yang bermaksud p0ndan.

Video tersebut dirakam sendiri oleh ibu pelajar terbabit dan tersebar di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong tindakan guru itu dan ada juga yang sebaliknya.

Dalam video itu juga, si ibu mendakwa kesan dari tindakan guru berkenaan menyebabkan tangan anaknya mengalami kesakitan sehingga tidak dapat mengangkat tangannya.

Namun, tampil salah seorang remaja perempuan yang dipercayai rakan sekelas pelajar terbabit menceritakan serba-sedikit mengenai kejadian tersebut.

“Saya sokong tindakan guru saya itu. Pelajar perempuan ini merupakan pelajar nakal di sekolah saya. Jadi, saya rasa tindakan guru merotannya adalah tidak salah.

“ Apabila dia pergi membuat laporan polis, dia kelihatan gembira, langsung tak fikir apa yang dia dah buat. Jadi, macam mana guru nak didik pelajar dengan kasih sayang?

“ Ibu dia kata, mungkin dari kesan rotan itu anaknya tidak dapat mengangkat tangan, mungkin tangannya patah. Tetapi dia masih boleh main telefon.

“ Jika awak dimaki ‘Ah Kua’ (p0ndan), boleh ke awak bersabar? Siapa tak marah? Kalau awak hormat saya, mestilah saya hormat awak.

“ Pelajar itu pergi depan cikgu dan cakap dia P0ndan. Takkan disebabkan pelajar itu yang buat salah, guru yang kena pecat? Cikgu pun manusia tau,” katanya.

ELOK JE BOLEH ANGKAT TANGAN, SIAP MAIN HANDPHONE LAGI. MUKA PUN SENYUM JE

Berikut antara luahan netizen di Facebook

” Zaman aku skolah dulu lagi dahsyat gile bab*.. klu guru sentuh pelajar je.. tak de nyee nak pi report mak bapak.. manje sngt.. balik skolah je.. depan gate sekolah dah standby pelajar buat roblock.. sampai keesokan harinye abam polis pulak yg jaga dpn gate.. dah mcm penjara dah… rilexxx jeeee… hahahahhahahaha
Tu ok lagi…

” Yg lagi dahsyat time skolah rendah.. kawan aku ni menang nakal gila babi kau nye punn.. lari sana lari sini.. guru cubit cuping teliga kawan aku sampai berdarah.. selang 30 minit kemudian.. kawan tu elok je berlari, berlawan main Naruto… hahahahhaha

Lihat video di bawah yang tular

Cikgu rotan anak murid sebab mulut murid kurang ajar.. Patut ke tak patut cikgu ni rotan sampai camtu? Mak murid ni ada cakap bahasa cina, sapa ble translate..Kredit: Tamizhar Media

Posted by Cerita Warganet on Monday, June 24, 2019

Sumber: awatttsyeikhh