Sibuk Nak Tayang Duit Banyak Masa Live Di FB, Kantoi Rupanya Pakai Duit Palsu!

Hari ini banyak individu yang berniaga secara dalam talian menggunakan platform media sosial untuk menjual secara ‘live’ kepada pengguna mereka. Dengan menetapkan waktu tertentu, individu ini akan cuba menyakinkan pelanggan melalui tempoh ketika ‘live’.

Namun hari ini kecoh di sosial media dengan satu rakaman yang diambil dari satu sesi ‘live’ peniaga.

Rakaman tersebut memaparkan peniaga sedang berceloteh sambil di atas meja penuh dengan wang kertas RM100 dan barangan kemas.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila peniaga tersebut menggunakan duit palsu sebagai prop sesi live itu!

Alamak, terkantoi sudah!

duit palsu live 5

Rakaman ini meraih 64,000 tontonan dan lebih dari 2,600 retweet selepas dikongsi di laman Twitter awal pagi ini.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka diruangan komen seperti berikut:

“Jongkong emas dia nampak macam kena wrap dengan wrapping paper. Hahhaha”

duit palsu live 1

“Pandai cara dia kawal nak cover, last tu kantoi juga.”

duit palsu live 2

“Hahahha da print lupa plak nak gunting”

duit palsu live 3

Sumber: My Crime Watch