‘Walau Apa Yang Berlaku Sekalipun, Insyallah Hubungan Saya & Mawar Akan Terus Baik’

Konflik rumahtangga Fizo Omar dan Mawar Karim mula menjadi bualan hangat selepas Mawar dikatakan berjumpa peguam untuk mendapatkan nasihat. Enggan memberi komen mengenai khabar angin tersebut, Fizo dan Mawar setakat ini mengunci mulut. Terbaru di Instagram, Fizo memohon orang ramai mendoakan rumahtangga yang sudah dibina lebih 5 tahun itu.

Sebelum tu saya ingin memohon maaf kepada semua rakan media, kawan2, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar tentang cabaran yg dihadapi dalam rumah tangga saya dan mawar. Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan2 mahupun media yg bertalu2. Tidak dinafikan yg rumah tangga saya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.

Sesiapa sahaja yg mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah. Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk di uji bermaksud kita mampu utk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA. Mungkin setiap kejadian yg berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah, setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah dan hikmah bergantung kepada kita yg menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.


Walau apa yg berlaku sekalipun, insyallah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yg kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yg terbaik utk semua.

Apa2 pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Doa yg baik2 daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yg terbaik antara saya dan mawar. Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA.

Saya amat berharap, semua pihak dapat memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin.

Terima kasih sekali lagi, kepada semua yg memberikan kata2 semangat, doa yg baik2, dan saya juga memaafkan segala komen2 mahupun fitnah yg dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya.

Doakan.. Doakan.. Terima kasih

Sumber : Fizo Omar