“Hari ahad pon keje ke zizan??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya…” Zizan kena troll dengan shuib

iapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama.

Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan.

Namun, yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan.

“Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya…”

Lebih lucu lagi, Zizan pun melayan juga usikan Shuib, malah pelawak itu sempat membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

Malah, tidak dapat dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat seiras dengan tukang gunting rambut tersebut.

SUMBER – Ohmymedia