“Kadang-Kadang Dia Pening Dan Pitam Tapi Gigihkan Juga” – Aliff Syukri Puji Semangat Isteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuji semangat isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang gigih bekerja walaupun sedang hamil. Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini. Aiff turut berasa terharu melihat isterinya yang tertidur di pejabat dan berasa kasihan melihat keadaan Shahida yang sedang hamil itu.

“Kenapa lah tak nak rehat kat rumah saja wife abang ni, demi bisnes kami, abang baru nak bergurau, tapi dialah tulang belakang saya. “Kadang-kadang kesian dekat isteri, dia pregnant sebab tahu saya suka budak-budak ramai kat rumah, jadi terpaksalah dia mengharungi mual dan alahan.

“Walaupun mengandung tu susah, kadang pening kadang pitam tapi gigihkan juga ke pejabat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka berdua. Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

View this post on Instagram

kenapalah tak nak rehat kat rumah je wife abg ni @shahidadherbs demi bisnes kami.. abg baru nak bergurau… tpi😥😥😥dialah tulang belakang saya💪🏻💪🏻 . . kadang2 kesian dekat isteri…dia pregnant sebab tahu saya suka budak2 ramai kat rumah..jadi terpaksalah dia mengharungi mual dan alahan……walaupun mengandung tu susah kadang pening,kadang nak pitam tapi gigihkan juga ke ofis….abang suami isteri bekerja keras nak bina kehidupan sebab nak anak2 dapat kehidupan sempurna…..kadang2 kesian dgn isteri abang walaupun. xlarat tetap juga ke ofis kadang nak suruh duduk rumah tapi apakan daya kami mencari rezeki sama2….satu x ada ibarat roboh la tiang kami😢😢 tudung wife saya @cloverush . . . krim balm bidara yg abg guna kat wife abg.. siapa nak beli produk terbaru dijamin berkesan . . Kalau nak cuba korang tulis “nak try” diruangan komen di bawah nanti team saya balas.. .. utk makluman produk ni x ada di jual di kedai jamu atau farmasi.. hanya pasaran online🙏🏻🙏🏻 @as.legacymalaysia @cloverush

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

sumber ; gempak