Kisah Benar..Pinangan Lelaki Ditolak Ibu Perempuan Kerana Kerja Penghantar Gas . Namun Akhirnya Menyesal

Kisah ini merupakan luahan kisah benar daripada seorang lelaki yang bernama Izhar. Izhar merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan dari salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam ternama tempatan.

Walaupun die pemegang ijazah, Izhar tidak malu berkerja dari bawah sebagai penghantar gas memasak ke pelanggan-pelanggannya.

Sebagai pembekal gas, sudah semestinya Izhar berjumpa ramai orang. Dengan berjumpa ramai orang sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan komunikasinya bagus dari semasa ke semasa.

Selain itu dia akan lebih memahami apa itu perniagaan bermula dari basic. Sebab itulah Izhar sanggup bekerja sebagai penghantar gas.

Saat berkenalan dengan Nadia

Pada suatu hari, Izhar telah pergi menghantar gas ke satu rumah orang kaya di Dungun. Sebaik sahaja sampai, Izhar turun memberi salam dan menekan loceng rumah besar itu.

Alangkah terkejutnya apabila seorang gadis cantik telah membuka pintu. Gadis itu bernama Nadia. Nadia merupakan seorang yang peramah dan tidak sombong. Dia menerima baik kedatangan Izhar yang menghantar gas ke rumahnya.

Selesai mengangkat dan memasang gas, sebelum balik Izhar sempat lagi untuk memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Nadia. Bermula dari situlah mereka berkenalan dan lama-kelamaan mereka bercinta.

Akan tetapi, ibu kepada Nadia dapat tahu mengenai percintaan Nadia dan Izhar si penghantar gas. Ibu Nadia seorang Datin yang sangat mementingkan status. Ibu Nadia sudah mempunyai calon lain yang mahu dijodohkan kepada Nadia. Calon itu seorang anak Dato yang kaya.

Hanya kerana tidak setaraf, pinangan ditolak

Walaupun ditentang ibu, Nadia tetap meneruskan hubungannya dengan Izhar kerana dia berpendapat Izhar merupakan seorang yang baik, rendah diri, pandai berkata-kata dan juga mampu menjadi imam dalam solat.

Tak lama kemudian, Izhar nekad untuk menghantar rombongan meminang ke rumah Nadia. Ibu Nadia sangat terkejut dengan kedatangan rombongan itu. Kerana dia telah ada rancangan lain untuk Nadia.

Satu kejadian sedih telah berlaku dimana ibu Nadia telah MENOLAK pinangan daripada keluarga Izhar. Hanya kerana Izhar hanya seorang penghantar gas, kerja yang tidak glemer, dia telah menolaknya bulat-bulat. Ibu bapa Izhar berasa sangat malu dan marah dimalukan sedemikian rupa.

Ibubapa Izhar telah tawar hati dan meninggalkan rumah Nadia sambil berkata “Ayuh nak, kita tinggalkan sahaja orang yang sombong ini. Mungkin kamu tidak berjodoh dengan dia. Tidak mengapa, Bunga bukan sekuntum”

Latar belakang sebenar Izhar dan keluarganya

Namun satu tanda tanya menjadi persoalan dibenak minda keluarga Nadia ialah, kenapa Izhar yang kerjanya hanya penghantar gas mampu memakai kereta mewah Nissan Skyline.

Kereta yang menjadi idaman orang muda seusia Izhar. Setelah disiasat, rupa-rupanya Izhar berkerja sebagai penghantar gas rupanya adalah sebahagian daripada perancangan ayah Izhar supaya menimba pengalaman dari bawah.

Izhar rupa-rupanya berkerja di syarikat besar pengedar gas terbesar di Negeri Terengganu. Ayah Izhar merupakan CEO disitu. Izhar adalah bakal CEO seterusnya yang dalam proses pembelajaran yang bakal menerajui perniagaan ayahandanya kelak.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna

Terduduk ibu Nadia apabila mengetahui cerita sebenar. Nadia menangis teresak-esak. Ada juga dia cuba memujuk keluarga Izhar semula, namun sukar diterima. Ini adalah pengajaran yang besar buat keluarga Nadia,terutama ibunya.

Janganlah memandang keduniaan, janganlah menghina orang lain, janganlah menilai orang lain hanya dari luaran.Sebagai ibu bapa juga perlulah memeudahkan urusan jodoh anak,bukan meyusahkan.

Sumber: suaramedia