‘Lagi Tiga Bulan Nak Kahwin Ayah Telah Pergi Selamanya’ Ini Luahan Gadis Selempang Pink Buat Netizen Sebak

Kisah mengenai Hazirah Janudin pernah tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dia memeluk bapanya ketika majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam mengundang sebak netizen.

Lebih membanggakan apabila gadis berusia 25 tahun itu menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan memakai selempang merah jambu di peringkat ijazah sarjana muda.

Terbaru menerusi laporan mStar Online, bapanya Janudin Abdul Lani meninggal dunia pada Isnin lalu di Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Salam terakhir untuk abah

Salam terakhir untuk abah,Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah saya Janudin Abdul Lani yang telah kembali ke Rahmatullah. Saya wakil pihak arwah abah saya mohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari arwah dan kalau ada terhutang dan sebagainya boleh jumpa saya dan ahli keluarga.

“Abah sebelum ni ok saja, tapi dia memang ada sakit jantung. Ketika kejadian, abah di pejabat, sempat mengadu sakit dada kepada rakan sekerjanya sebelum rebah. “Memang sedih tapi saya reda dengan pemergian abah,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia juga mendedahkan telah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada Jun lalu dan akan bernikah Oktober ini.

Kapsyen nya berbunyi,

Terima kasih rombongan dari pihak lelaki keluarga dari singapore dan melaka yang datang.Terima kasih juga yang tak terhingga mak abah, family dan sedara mara yang turun sama-sama membantu menyempurnakan majlis,Semoga Allah membalas jasa kalian semua.Maaf jika ada kekurangan dari pihak kami sekeluarga. Semoga ikatan silatulrahim antara keluarga kita diberkati Allah s.w.t sentiasa,Aamin.

Walau bagaimanapun, hajat bapanya yang ingin melihat dia memakai baju kebaya songket ketika majlis perkahwinan tidak kesampaian.

“Abah berhajat nak tengok saya pakai baju kebaya songket. Dia kata arwah mak dia dulu suka pakai baju kebaya dan saya nampak cantik bila pakai.

“Berulang kali abah cakap pasal baju kebaya tu. Tapi tu lah, abah pergi dulu, tak sempat tengok saya kahwin pakai baju tu dan berwalikan abah.

“Tapi saya akan tunaikan hasrat abah pada majlis perkahwinan yang akan dibuat serentak bersama abang, ” katanya yang kini menjadi seorang guru di sebuah sekolah swasta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : Hazirah Janudin kredit : Mstar