‘Arwah Sempat Berhentikan Bas Walau Nazak Serangan Jantung’ Pemandu Bas Arwah Johari Sempat Berhentikan Bas Demi Keselamatan Penumpang

PEMANDU bas ekspres meningg4l dunia akibat serangan jantung ketika memandu, namun sempat berhenti di lorong kecemasan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, di Ipoh sebelum tidak sedarkan diri, hari ini.

Kejadian 2.30 pagi itu, Johari Abdul Jalil, 57, sedang memandu dan membawa penumpang dari Kuala Lumpur menuju Pulau Pinang sebelum dipercayai mengalami sakit dada dan bertindak berhenti di lorong kecemasan berhampiran plaza tol berkenaan.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan m4ngsa sudah meninggal dunia pada 3.14 pagi.
Menurut rakan sekerja mangsa yang enggan dikenali, arwah yang tidak sampai sebulan berkerja dengan syarikat bas terbabit difahamkan sudah mengalami sakit dada ketika tiba di Simpang Pulai, namun berjaya memandu hingga ke Plaza Tol Ipoh Selatan sebelum berhenti.

Saya difahamkan mangsa sempat berhenti di lorong kecemasan dan menarik brek tangan sebelum tidak sedarkan diri.

“Berita tersebar di media sosial mengatakan arwah ambil keputusan keluar tol Ipoh Selatan untuk berhenti minum adalah tidak benar dan tiada langsung insiden membahayakan penumpang berlaku,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini.

Menurutnya, harap orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarga dan rakan yang mengenali mangsa.

Sementara itu, isteri mangsa, Noriza Mustaffa, 52, yang hadir menuntut jenazah berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa suaminya kira-kira 3 pagi daripada rakan mangsa.

“Saya bersama anak terus bertolak ke Ipoh dari Alor Setar, Kedah dan tiba 7 pagi tadi.

“Arwah sebelum ini tidak pernah mengadu atau memberitahu ada penyakit jantung dan keluarga hanya mengetahui dia ada penyakit darah tinggi,” katanya.

Menurutnya, hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga anak serta seorang cucu dan arwah baru saja bekerja dengan syarikat bas berkenaan dan sebelum ini memandu bas syarikat lain serta mempunyai bas sendiri.

“Jen4zah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Alor Setar dijangka dikebumi selepas solat Asar hari ini,” katanya.

Komen-komen dari para Netizen

Arwah sempat berhentikan bas walau nazak

Meningg4l dalam keadaan mencari rezeki

sumber : hmetro