“C1um Mulut Ni Bukan Budaya Kita Dan Ajaran Islam” – Yana Samsudin Bimbang Anak C1um Rakan Tadika Tanda Sayang

PELAKON Yana Samsudin terkejut apabila anaknya, Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun menc1um mulutnya ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) biarpun sudah beberapa kali melarang melakukan aksi itu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 35, berkata dia sangat mementingkan pendidikan s3ksualiti dan sentiasa berpesan kepada anaknya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Yana lagi, c1uman terbaik ibu bapa kepada anaknya hanya di bahagian dahi, pipi dan tangan sahaja.

“Baru semalam tegur, hari ini dia buat lagi. Sebenarnya saya memang menitikberatkan fasal kebersihan dan imunisasi, tapi yang paling penting juga ialah #PendidikanS3ksualiti.

Yana memuat naik status mengenai anaknya di laman sosial.

“Mulut juga adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dic1um dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri! (Kecuali cuci b3rak k3ncing).

“C1uman terbaik daripada ibu bapa kepada anak-anak ialah ubun ubun, dahi, pipi dan tangan. Kalau anak dah besar akan terbiasa kalau kecil-kecil kita dah biasakan.

“C1um mulut atau bibir ni bukan budaya kita dan ajaran Islam,” kata Yana menerusi laman Instagrammiliknya.

Yana sebelum ini memuat naik status di Facebook mengatakan dia menasihati anak sulungnya untuk tidak melakukan perbuatan itu terhadap orang lain.

Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari ini juga bimbang sekiranya anaknya itu melakukan perkara tersebut di sekolah tadika.

Yana bimbang anaknya melakukan perbuatan tersebut di sekolah tadika.

“Semalam, anak saya Aisy Mateen tiba-tiba c1um mulut saya ketika saya tengah menonton televisyen. Saya terkejut, tak tahu siapa buat dengan dia.

“Saya beritahu dia, c1um kat pipi dan dahi boleh, mulut jangan! Kalau ada orang lain buat cakap tidak. Jerit kuat-kuat. Benda tu salah. Beritahu mommy daddy siapa yang buat.

“Gementar mommy kang tiba-tiba kat sekolah tadika nanti dia c1um kawan dia pula tanda sayang,” ujar Yana.

Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.

Sumber: mstar