Suka Sangat Makan Ayam Goreng, KFC Dijadikan Hantaran. Memang Rare!

Dalam adat orang Melayu, hantaran dijadikan sebagai buah tangan atau pun hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Kebiasaannya barangan keperluan harian seperti minyak wangi, kasut atau pun buah-buahan menjadi pilihan untuk dijadikan hantaran.

Namun berbeza buat gadis ini yang juga pemilik akaun Twitter @ayuyuyuyuuu ini. Salah satu dulang hantaran yang diterimanya berisi sekotak ayam KFC. Wow, memang rare habis ni!

Sebab suka sangat makan ayam goreng!

Menurut gadis ini, dia menerima hantaran KFC ini kerana dia yang terlalu suka makan ayam goreng.

“Sebab aku suka sangat ayam goreng! So ya, untung dapat tunang yang memahami. Hahahha semua orang gelak sebab KFC jadi hantaran” – ayuyuyuyuuu.

D_HZ37AU8AET6SJ

D_HZ368VUAAzzk8

Perkongsian gadis ini mendapat perhatian ramai dengan lebih dari 6,000 retweets dan 5,600 tanda suka.

Menurut gadis ini, sebenarnya dia yang minta KFC selepas menyenaraikan barang untuk hantarannya.

hantaran KFC 1

Tak pernah dibuat orang KFC dijadikan hantaran…Tapi sempoi!

hantaran KFC 3

Kahwin tahun depan.

Difahamkan hantaran ini adalah sempena pertunangannya dan mereka akan mendirikan rumahtangga pada 2020 dengan bertemakan mood klasik.

Kami doakan semoga perjalanan membina rumahtangga ini dipermudahkan buat mereka!

Sumber: @ayuyuyuyuuu via HCL