Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 42kg Dalam Masa 5 Bulan, Ini Caranya

Memiliki tahap kesihatan yang bagus, berat badan yang ideal saiz tubuh yang diingini pastinya menjadi idaman setiap manusia. Biarpun begitu, untuk mendapatkan semua ini bukannya mudah jika tidak kental jiwa.

Di Twitter baru ini tular dengan satu perkongsian oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya dalam tempoh lima bulan.

Perkongsian oleh salah seorang pengguna Twitter, Hakimi Hamdan meraih perhatian ramai dengan lebih dari 2,000 retweets dan 3,100 tanda suka.

Turunkan berat badan dengan pengiraan kalori.

Berkongsikan caranya, lelaki ini memberitahu dia hilang berat badan sebanyak 42kg dalam masa 5 bulan selepas melakukan ‘calorie deficit’.

Menerangkan apa itu calorie deficit, menurutnya ia adalah kalori (tenaga) yang diperlukan oleh tubuh untuk membuat kerja seharian.

Tubuh perlukan 2,500 kalori (tenaga) setiap hari tapi kita makan dalam 2,000 kalori je untuk hari itu. Jadi lagi 500 kalori yang diperlukan diambil dari lemak di badan dan di bakar menjadi tenaga.

Tambahnya lagi pengiraan ini sebenarnya digunakan sebagai asas oleh semua jenis diet seperti Atkins dan sebagainya.

Pengambilan kalori berbeza setiap individu.

Setiap orang memerlukan jumlah kalori dalam tubuh yang berbeza mengikut umur, jantina dan aktiviti harian masing-masing.

diet calorie deficit 5 bln 2

Tulisnya lagi, dia sendiri sebagai seorang pelajar hanya memerlukan 2,400 kalori setiap hari. Namun dia hanya mengambil 1,000 kalori setiap hari untuk mempercepatkan proses penurunan berat badannya.

Biarpun begitu dia tidak menyarankan orang lain untuk mengikuti jejak langkahnya. Cukup hanya dengan mengurangkan jumlah keperluan kalori harian sudah memadai.

Kira kalori mudah dengan aplikasi ini.

Untuk memudahkan pengiraan, anda boleh muat turun aplikasi Myfitnesspal dari Under Amour ini.

D_b2BR8UEAAT-qAD_b2hSbU0AApnC9

Makanan seimbang juga penting.

Selain itu dia turut menasihati tidak kira diet apa sekali pun pemakanan yang diambil seharusnya seimbang. Cukup protein, karbohidrat dan lemak.

Dalam aplikasi di atas juga ada disertakan dengan jumlah semua ini yang diambil mengikut makanan yang kita makan. Jadi untuk turunkan berat badan bolehlah kurangkan pengambilan karbohidrat dan tingkatkan pengambilan protein.

D_b6fs1UcAIfK7S

Lebihkan makan sayuran.

Malah dia turut berkongsi yang dirinya banyak makan sayur kerana ia adalah makanan yang paling kurang kalori.

D_b8axmVUAAm5xn

D_b8axlUcAEFqb3

Senaman.

Bercerita mengenai senaman yang dilakukannya, dia memberitahu pemakanan adalah satu perkara yang sangat penting kerana penurunan berat badan yang berjaya 80% adalah dari pemakanan.

diet calorie deficit 5 bln 3D_cDIy5UcAAHKAs

Bagi yang mahu fokus untuk menurunkan berat badan bolehlah lakukan 80% senaman kardio seperti berlari, zumba, berenang, bermain badminton dan sebagainya.

Dirinya sendiri akan berjoging 1km untuk permulaan, kemudian meningkat menjadi 2km, 3km dan sehinggalah 10km.

4 perkara penting.

Jadi di sini dapat dirumuskan 4 perkara penting dalam proses penurunan berat badan iaitu:

  1. Calorie Deficit Diet.
  2. 3 liter air setiap hari.
  3. Senaman
  4. Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam.

Jadi harapnya dengan perkongsian lelaki ini dapat memberikan inspirasi buat sesiapa sahaja di luar sana yang mahu turunkan berat badan.

No pain, no gain y’alls!

Sumber: Hakimihamdan97