Netizen Tegur Norman Hakim C1um Mulut Anak Perempuan

Umum mengetahui, pelakon Norman Hakim sememangnya seorang ayah yang penyayang. Meskipun sudah lama berpisah dengan pelakon Abby Abadi, namun hubungan mereka sangat baik demi anak-anak.

Sering berkongsikan video bersama keluarga di Instagram, bagaimanapun perkongsian terbaru pelakon tersebut menjadi bualan ramai netizen.

Video tersebut mamaparkan Norman bersama anak bongsunya bersama bekas isteri iaitu Danisha berpelukan manja. Norman juga dilihat beberapa kali mencium kepala anak perempuannya itu.

Perkongsiannya itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur Norman untuk menjaga kerana tidak manis seorang bapa mencium mulut anak gadisnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen beranggapan ia bukanlah satu kesalahan seorang bapa mencium mulut anak perempuannya selagi masih dalam batas agama.

Malah ada yang mengatakan mereka yang mengkritik tindakan pelakon itu adalah mereka yang kurang mendapat kasih sayang. Apa pun setiap individu mempunyai pendapat mereka masing-masing dan cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber