Gomol ‘bear’ depan pakwe sampai kotor terkena mekap… gadis ini sedih dicop gedik, “Memang suara saya kecil, manja macam tu”

APABILA memiliki pengikut yang agak ramai, setiap perkongsian yang dibuat menerusi laman sosial pasti akan menjadi perhatian.

Terbaharu, video melibatkan seorang personaliti media sosial, Eyta Juwita di sebuah pusat beli belah di Setapak, Kuala Lumpur turut menerima kecaman.

Video yang pada mulanya dimuat naik ke laman Instagram miliknya dikongsi semula oleh individu tidak dikenali sehingga ia tular di Twitter.

Menerusi video berdurasi kurang dari seminit itu, dia yang mesra disapa Eyta dilihat beraksi manja sambil memeluk beberapa anak patung yang disusun di atas rak.

Selain aksi yang disifatkan sebahagian netizen sebagai gedik, mereka turut mempertikaikan suara manja gadis itu.

Yang orang cakap saya peluk ‘bear’ sampai kotor kena mekap wajah saya, hari tu saya mekap sikit sahaja. Lagipun saya dah beli patung yang digomol tu. Tapi saya beli seekor tu je lah. EYTA JUWITA

Bercakap kepada mStar, pemilik nama sebenar Sri Juwita Judding, 22, ini berkata, dia bersama teman lelaki dan seorang juruvideo hanya membuat rakaman itu secara suka-suka sahaja.

“Video tu sekitar minggu lepas. Rakam secara suka-suka untuk video parody terbaharu.

“Yang orang cakap saya peluk ‘bear’ sampai kotor kena mekap wajah saya, hari tu saya mekap sikit sahaja. Lagipun saya dah beli patung yang digomol tu. Tapi saya beli seekor tu je lah.

“Saya tak rasa tindakan tu menjejaskan mana-mana pihak pun. Pasal suara pula, memang suara saya kecil, manja macam tu,” ujarnya sewaktu dihubungi pada Isnin.

Mengulas kecaman ramai yang diterimanya di Twitter, Eyta mengaku sedih tatkala membaca komen yang dilemparkan kepadanya.

Ujar anak kelahiran Tawau, Sabah, itu dia bagaimanapun enggan mengambil pusing cakap-cakap orang.

“Orang kata gedik. Sejujurnya tak tahu nak cakap apa. Itu adalah Eyta yang sebenar.

“Tapi tak adalah sentiasa manja, ada masa saya serius, saya akan jadi serius,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video tular Eyta di Twitter sehingga kini menerima lebih 423,000 tontonan.

Malah, ramai netizen yang turut membanjiri posting itu dengan komen berbeza-beza.

“Lepas tengok video ni, aku akan pastikan kalau nak beli apa apa kat kedai ambik yang belakang sekali OK. Takut ambik yang depan dapat yang bekas orang orang yang macam ni,” tulis @asyranazme.

“Benda ni kalau depan boyfriend je nampak la cute. Bila post untuk ramai nampak macam sewel,” tulis @blankspcc.

“Sebenarnya semua orang ada gedik memasing cumanya… haha bila masuk dalam video, diupload dekat public, kena hadap orang ramai yang bermacam cara dan ragam ni la haha,” tulis seorang lagi netizen.

SUMBER – mstar