Iqram Dinzly Dan Datuk Rohana Bercinta? Ini Pengakuan Datuk Rohana Hassan

Tak ada angin, tak ada ribut’, tiba-tiba timbul cerita pelakon dan pengacara Iqram Dinzly yang kini dikenali sebagai Iq Dinly dikatakan kononnya bercinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Rohana Hassan.

Dikatakan sebelum ini mereka pernah rapat dan renggang seketika, namun hubungan mereka kembali baik sekarang. Ada apa-apa ke tu?

Mengakui hanya berkawan baik dengan Iqram.

“Sebelum ini hubungan baik kami pernah terjejas kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sekarang, kami kembali bersama malah lebih rapat dari dulu.

“Tidak dinafikan, ramai yang menganggap kami mempunyai hubungan istimewa. Sejujurnya, saya dan Iqram tidak bercinta, hanya berkawan. Kalau akan datang tu, saya hanya berserah kepada soal jodoh.

“Saya ini ibu tunggal. Anak-anak pun dah dewasa semuanya. Rasanya soal jodoh itu bukanlah keutamaan saya sekarang, tapi saya tidak menolak andai ia datang.

“Iqram pun seorang yang baik hati, matang dan bijak sebenarnya. Bertuah wanita yang berjaya memikat hatinya,” luah Rohana yang merupakan pengasas produk kosmetik Mekar Semilu.

Pernah berselisih faham sebelum ini, namun hubungan keduanya kembali pulih.

Rohana kini bekerjasama dengan Iqram untuk menghasilkan produk minuman kesihatan.

“Kami kerap berjumpa atas dasar kerja. Iqram bekerjasama dengan saya untuk menghasilkan jus kunyit yang sudah lama kami rancang.

“Saya percaya, Iqram bangkit semula untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Apa salahnya saya memberi peluang untuk dia buat bisnes,” katanya lagi yang berharap tiada lagi gosip yang mengaitkan mereka bercinta.

Tak salah kalau Iqram dan Rohana bercinta, masing-masing solo dan tiada halangan. Doakan yang baik-baik buat mereka.

Sumber : MHE TV