Kerabat diraja bersalin di hospital kerajaan, Che Puan Khaleeda mendapat pujian rakyat

Keluarga Diraja Johor, terutama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini menerima perkhabaran gembira apabila Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera kedua mereka, iaitu cahaya mata ketiga awal pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsi Tunku Ismail di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” kongsi baginda.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38241/BERITA/Nasional/TMJ-Che-Puan-Khaleeda-sambut-putera-kedua-cahaya-mata-ketiga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua memenuhi laman media sosial awal pagi tadi.

Terbaru, isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediiatricians, my incredible douIa and everyone who was involved,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji tindakan pasangan diraja berkenaan yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

Pasangan diraja yang disatukan pada 2014 sebelum ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 2018, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, Johor Bahru.

Pasangan itu bernikah pada 2014 dan dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Sumber : Ismail Ibrahim , Khaleeda Bustamam