Bila Shuib Buat FaceApp Dan ‘Bahan’ Zizan. Ini Yg Jadi Apabila Zizan Balas Balik, Memang Kelakar Habis

Sejak beberapa hari ini ramai dikalangan bukan sahaja anak muda malah selebriti terkenal tanahair berkongsi wajah ketika tua menggunakan applikasi FaceApp. Aplikasi FaceApp telah kembali tular di media sosial terutama disebabkan oleh promosi berbayar dan banyak dipakai para ‘influencer’.

Aplikasi ‘editing’ wajah ini menggunakan artificial intelligence (AI) dan memungkinkan penggunanya mengubahsuai wajah seseorang agar nampak lebih tua atau lebih muda.

Sejak itu ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk keseronokan semata-mata malah mendorong munculnya #AgeChallenge dan #FaceAppChallenge. Menariknya, beberapa selebriti turut tidak ketinggalan melakukan perkara sama.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah apabila pelawak Shuib Sepahtu yang memuat naik gambar Zizan Razak menggunakan applikasi tersebut. Lebih menggelikan hati apabila Shuib turut meletakkan bersama gambar lama Zizan yang memakai pakaian wanita berserta kapsyen;

” Semua manusia punya sisi gelap. Masih belum terlambat”, tulis Shuib

Ternyata gambar tersebut mengundang reaksi ribuan pengikut Shuib di Instagram beliau apabila lebih 81 ribu menunjukkan tanda ‘like’ dan beratus komen.

” Hahahahahaa shuib bakar line ni..tahap pedajal member ni ib.semakin panas. Mcm muka pm najib pun ada” tulis seorang netizen

” Tak sangka, disebalik kejayaan seorang ikon berjaya, ada sejarah silam yang yang agak aumsss”, komen seorang pengikut Shuib

” Hahaa. Gambaq sebelah kiri tu macam kat lorong gaharu. macam kiwak belah kiri tu. Sebelah kanan mcm terminator”

Walaubagaimanapun, seperti dijangka Zizan tidak menunggu lama untuk membalas balik tindakan Shuib yang ‘membahan’ beliau itu.

Zizan dilihat telah memuat naik gambar Shuib berwajah tua dengan menggunakan applikasi sama beberapa jam kemudian. Menariknya, kapsyen ditulis Zizan memang kelakar habis.

” Alien tua ditemui dipantai Port Dickson semalam dan berjaya ditangkap. Pihak polis percaya alien berkenaan melarikan diri dari isterinya kerana isterinya tidak benarkan alien itu ride bersama rakan rakan alien yang lain..”, tulis Zizan

‘Perseteruan’ antara Shuib dan Zizan nampaknya berlarutan lagi apabila kali ini masing-masing mengenakan antara satu sama lain dengan menggunakan applikasi FaceApp.

” Woi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ini lagi kasar permainan diaaaa !!!!!” tulis Shuib di ruangan komen

” Hahaha aku tak tahan nak komen . Macam Pendekar Penyu Dragon Ball hahahaha. Kita cantik atau hensem macam mana pun, ingatlah orang utan yang menjadi tarikan pelancong”, gurau pengikut Zizan.

Status yang dimuat naik Zizan itu mendapat 149 ribu lebih tanda ‘like’ dengan beribu komen masing-masing berkongsi rasa geli hati dengan gelagat Zizan dan Shuib itu.

Sumber: IG Shuib dan Zizan