“Kami Dah Tak Ada Kena-Mengena”- Ini Respon Bella Astillah Bila Bekas Suami Seflie Sama Wanita Cantik. Tak Kisah Pun…

Penyanyi, Aliff Aziz yang memuat naik sekping foto bersama seorang model dikenali sebagai Tika Sheikh di media sosial nyata mendapat perhatian netizen.

Sehinggakan, ada di antara mereka yang bertanya hal sama terhadap bekas isterinya, Bella Astillah.

Lantas, Bella Astillah ada merakam video dan menjawab tenang terhadap apa yang disampaikan netizen berhubung isu gambar berkenaan.

“Hai, ramai giler yang DM saya, cakap-cakap macam nak provok gambar Aliff (bersama seorang model)…

“Tapi saya tak kisah pun sebab kami dah tak ada kena mengena. Lagipun dia di Singapura, saya di Malaysia.

 “Saya okay je. Bye. Assalamualaikum,” rakam Bella lalu ia dimuat naik menerusi Insta Stories.

Terdahulu, Aliff dan Tika dilihat berswafoto bersama dan memuat naik gambar tersebut di Insta Stories masing-masing.

 

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu.

Hasil perkongsian itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden Adrean, 2 tahun.

Foto : Intsgram Bella/Aliff/Tika