“Meroyan Nak Saya Pulangkan Anugerah”, Chef Wan ‘Sound’ Balik Dan Rupanya Ini Punca Dia Naik Angin

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menegaskan, dia tidak langsung terkesan dengan ‘serangan’ di laman Facebook restorannya, De.Wan 1958 by Chef Wan.

Menurutnya, tindakan cybertrooper yang memberikan penilaian paling rendah pada rating restorannya tidak sedikitpun meninggalkan kesan buat dirinya.

” Hati busuk semua cybertrooper ini yang masuk ke Google dan Facebook dan bercakap buruk dan fitnahkan restoran kami! Mereka ingat semua rakyat Malaysia bod*h seperti mereka untuk menerima semua itu.

” Tak berkudis pun bisnes kita,” katanya melalui laman Instagram miliknya, dengan kapsyen yang bercampur bahasa Melayu dan Inggeris.

Malah kata Chef Wan, lebih banyak dirinya dianiaya, lebih murah rezeki yang Allah berikan kepadanya.

” Rezeki itu setiap bulan akan saya (gunakan untuk) pergi membantu rakyat lain yang susah dan lebih memerlukannya,” ujarnya.

Ruangan reviu restoran De.Wan 1958 by Chef Wan di laman Facebook juga telah ditutup.

” Hati mereka sungguh hitam! Sesungguhnya inilah manusia yang selalu berada dalam kerugian!” ujarnya lagi.

Sementara itu, menjengah akaun Instagram beliau, berikut adalah status penuh yang ditulis oleh Chef Wan oleh beliau;

” Hati busuk all the Cyber trooper going into google and facebook bad mouthing dan fitnah kan restaurant kami!
Mereka ingat all Malaysian are as stup*d as them to swollow all that sh*t!

” Tak berkudis pun business kita.

” Indeed they are fighting a loosing battle menyalak mcm anj*ng g*la mer*yan nak saya pulang kan anugerah Ikon Felda itu.

” Lagi di aniayai lagi murah rezeki yg Allah beri.

” Rezeki itu setiap bulan akan saya pergi membantu rakyat lain yg susah dan lebih memerlu kan nya.

” My KINDNESS and LOVE will kill all of them one by one!

” Now we all can see their true colors!

” Patut la Allah selalu bayang kan kepada kita didalam Al Quran sifat2 hasad dan dengki serta perbuatan kianat manusia yang tak boleh melihat manusia lain berjaga.

” Hati mereka sungguh hitam!

” Sesungguh nya ini lah manusia yang selalu berada di dalam kerugian..”

Sementara itu rata-rata pengikut beliau memberi kata-kata semangat kepadanya dan sentiasa menyokong tindakan beliau.

” Saya suka DCW dari kecik smpai skrg…. Sy pun suka Tun dan isteri… Masing2 ada pandangan masing2.. raikan perbezaan..”

Sumber: astroawani