‘Sebab Oktovia Manrose Hubungan Cinta Ayda Jebat Dan Redza Rosli Putus’ Ini Luahan Sebenar Ayda Jebat

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat mengakui terkejut apabila ada pihak cuba mengaitkan hubungannya dengan pelakon Redza Rosli sudah putus berpunca daripada pelakon Oktovia Manrose.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, ketika ditemui berkata, tidak perlu mengaitkan nama sesiapa dalam masalah itu kerana mereka tidak terbabit.

Ketika berlakon sekali ‘ Ku Kirim Cinta’

“Masalah yang berlaku hanyalah di antara kami berdua dan saya tidak tahu bagaimana nama Oktovia boleh dikaitkan sama,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Seri Kembangan, semalam.

 “Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan. Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya. 

Ayda berkata, dia tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai dakwaan perkara itu.

Katanya, selama ini hubungannya dengan Redza tidak lebih daripada sekadar kawan baik malah mereka profesional dalam bekerja.

“Sebenarnya kami hanya berkawan baik dan tiada istilah putus cinta pun. Saya sentiasa bersikap profesional dan akan bekerja dalam cara yang baik dengan sesiapa saja.

“Saya tidak menafikan atau mengiyakan perhubungan ini. Selama ini kami profesional tetapi ramai yang beranggapan mempunyai hubungan istimewa,” katanya.

Ayda berkata, dia tidak mahu terus memberikan komen kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sejujurnya ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka. Bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sebelah sana juga.

“Kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan sebarang kenyataan dan ini adalah pendekatan yang lebih baik,” katanya.

Kata Ayda, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir. Penyanyi lagu ‘Temberang’ ini tidak mahu memberi komen panjang dan mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak. Dalam pada itu, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose. Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri. 

Terdahulu, pasangan itu dikatakan hangat bercinta selepas digandingkan menerusi drama Ku Kirim Cinta yang ditayangkan dua tahun lalu.

Namun begitu, hubungan mereka dikatakan mulai renggang selepas Ayda dipercayai memadam kesemua gambar aktor berkenaan yang pernah dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Malah Ayda juga sudah tidak lagi mengikuti Instagram Redza.

sumber : hmetro