Did4kwa Jadi Punca Anak Bercer4i, Ini Respon Ibu Fizo Omar Dalam Tangisan… Sebak!

Ibu kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca percer4ian anaknya dan Mawar Karim. Jelas Hasnah, 59, dia terkilan apabila ada dalam kalangan netizen melemparkan pelbagai t0hmahan hingga mengganggu em0sinya.

“Ibu mana mahu anaknya bercer4i? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.

“Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercer4i.

“Apabila pelbagai tudvhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada saya, hati saya terguris dan memang saya tertekan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.

View this post on Instagram

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dalam pada itu, Hasnah terkejut apabila ada pihak yang menuduh percer4ian Fizo dan Mawar disebabkan campur tangan keluarga.

“Saya ada ramai anak dan saya selesa tinggal bersama Fizo sejak usia remajanya lagi.

“Sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan Fizo, saya tidak menumpang rumahnya sepanjang masa. Ada juga bergilir-gilir tinggal di rumah anak-anak saya yang lain,” tambahnya.

View this post on Instagram

Daddy's on duty!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Fizo dan Mawar bercer4i pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Gempak