“Hembus Nafas Terakhiir Dalam Dakapan” Achey Diuji K3hilangan Insan Tersayang

Pelawak dan penyanyi Achey berkongsi berita sedih mengenai bapa mentuanya, Yahya, 64, yang disahkan men1nggal dunia kira-kira pukul 11.20 malam, Khamis selepas mengalami s3sak nafas di kediamannya yang terletak di Tangkak, Johor.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 33, berkata bapa mentuanya itu menghemb0skan nafas terakhir ketika dalam dakapan adik bongsu isterinya, Mohd Shafiey.

” Sebelum itu arw4h mengadu s3sak nafas. Kami sekeluarga terutama adik bongsu isteri saya yang selama ini menjaganya reda dengan pemergian arw4h.

” Shafiey juga bersyukur apabila arw4h menghemb0skan nafas terakhir dalam dakapannya dan pemergian arw4h juga dalam keadaan yang tenang dan mudah,” katanya kepada mStar.

Menurut Achey, jen4zah Allahyarham telah selamat dikebum1kan pada pukul 10 pagi, Jumaat.

Tambah Achey, bapanya mempunyai masalah saluran dar4h tersumbat di bahagian kaki sehingga memberi kesan pada buah p1nggang dan 0rgan dalaman lain.

Bagaimanapun, keadaan bapanya dilihat semakin baik selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun lalu.

” Arw4h ada masalah saluran dar4h tersumbat di bahagian kaki sehingga menyebabkan kaki dia mer3put kering.

” Selepas hari raya, kesihatannya bertambah baik, kulit kaki pun dah tumbuh dan boleh berborak tapi apakan daya… sudah sampai masanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Achey memohon maaf kerana tidak dapat membuat persembahan bersama kumpulan Botak yang dianggotai Abam dan Black di program Muzikal Lawak Superstar yang berlangsung pada malam, Jumaat.

” Saya mohon maaf sebab tak dapat turut serta dalam persembahan malam ini. Sebenarnya, saya dapat berita mengenai bapa mertua saya ketika sedang berlatih bersama Abam dan Black.

” Saya berterima kasih kepada mereka sebab selepas saya dapat berita itu, saya terus balik… mereka pun ikut sekali. Sempat juga mengubah semula jalan cerita untuk persembahan mereka berdua orang sahaja,” ujarnya.

Rata-rata pengikut serta kenalan rapat Achey di Instagram mengucapkan takziah kepada beliau dan isteri atas pemergian insan tercinta.

” Awak bertenang dan bersabar ya chey dan n… semoga kesabaran anda d berikan pahala dan hidayah dari allah swt… sesungguhnya ia adalah sebaik2 tempat kembali..”

” Innalillahhiwainailahirojiun. Salam takziah..semoga rohnya ditempatkan kalangan org beriman..alfatihah. Ya Allah…tak bayangkan perasaan kehilangan bapa dan ibu..”

Sumber: mstar