Hafiz Hamidun Akui Kini Rapat Dengan Instafamous Berstatus Janda, “Dia Wanita Yang Sangat Comel”

Penyanyi Hafiz Hamidun mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus j4nda dari negara seberang.

Menurut Hafiz, 35, dia mula mengenali wanita itu beberapa bulan lalu melalui teman rapat yang menetap di Indonesia.

” Kami hanya berkawan, masih dalam usaha mengenali hati budi. Apa yang saya boleh kata, dia seorang wanita yang menyenangkan.

” Sekarang masih dalam proses berkenalan lagi memandangkan kami banyak berhubung secara jarak jauh. Jadi tiada kesempatan untuk bertemu selalu.

” Terlalu awal untuk kata bercinta, apa yang boleh saya kata masih dalam proses kenal-kenal,” katanya kepada mStar.

Hafiz sedang berkawan rapat dengan wanita dari Indonesia

Difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang usahawan di Indonesia dan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Sebelum itu, menerusi Instagram Hafiz ada memuat naik paparan skrin panggilan telefon dan turut disertakan emoji love dan kapsyen ‘rindu sama aku ya!’.

Dalam pada itu, Hafiz berkata timbul keserasian antara mereka dan tidak menolak untuk meneruskan hubungan ke fasa lebih serius.

Hafiz tidak kisah soal status yang dibawa wanita tersebut.

” Dia seorang wanita yang sangat fun, comel dan memahami. Soal status tu saya tak kisah!

” Apabila berbual dengannya saya dapat rasa banyak keserasian dan untuk elakkan hal lama terjadi kembali, rasanya lebih baik untuk kita kenal dan pastikan semuanya terlebih dahulu,” ujarnya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 selepas hanya lima bulan mendirikan rumah tangga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinannya yang terdahulu.

Gambar sekadar hiasan. Hafiz bergambar bersama Erra Fazira dalam sambutan majlis Aidilfitri

Terdahulu  Hafiz Hamidun pernah memberitahu dia tidak berasa selesa apabila sering ditanyakan hal berkaitan perkahwinan memandangkan dia pernah kecundang dalam mempertahankan rumah tangganya sebelum ini.

Hafiz, 35, berkata, soal perkahwinan suatu bukan perkara yang sopan untuk ditanya tidak kira apa juga tujuan atau sebab ia dikemukakan.

” Berhentilah tanya ‘bila nak kahwin lagi’. Mai sini Bampis nak jawab. Tanya memang senang, tapi nak jawab tu bukan mudah terutamanya jika ada sejarah lampau.

” It’s not appropriate biarpun ayat kau susun sesopan mana pun, it’s not appropriate to ask.

Sumber: mstar