Sampai Berguling Pakcik Itu Dijilat ‘Pak Belang’ Sesat Dan Sempat Dirakam. Penduduk Kongsi Ini Yg Terjadi

Badan dijilat dan hampir diterkam harimau menjadi detik mencemaskan seorang penduduk di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, hari ini susulan kehadiran raja rimba itu di kawasan berkenaan.

Mohamad Harun, 61, berkata, dia nyaris menjadi mangsa ketika mengetuk kepala seekor harimau jantan yang menjilat bahagian belakang badannya pada 1.30 tengah hari.

“ Ketika itu, saya memegang tangga sambil mendongak ke atas melihat anak, Amizan, 22, membaiki bumbung rumah.

“ Bagaimanapun, bahagian belakang saya tiba-tiba terasa basah seperti dijilat dan saya menyangka anak bongsu bermain di belakang.

“ Selepas dua kali mengetuknya, saya terasa ia berbulu dan sebaik menoleh, saya terkejut apabila melihat seekor harimau jantan setinggi lebih satu meter di belakang,” katanya.

Dia yang terkejut melihat harimau itu terus menjerit dan berlari masuk ke dapur manakala anaknya terjun ke bawah dan menyelamatkan diri masuk ke dalam rumah.

“ Mujur bahagian dapur rumah dekat dan pintunya terbuka, kalau tidak tidak tahulah apa akan jadi dan selepas itu harimau itu berlegar-legar di kawasan dapur.

“ Saya keluar dari semula kira-kira 45 minit kemudian selepas haiwan itu beredar untuk mengambil pasir kerana mahu menyambung kerja membina rumahnya.

“ Ketika berada di atas jambatan, tiba-tiba seekor harimau menerkam ke arah saya dan saya berlari sebelum terjun ke dalam sungai.

“ Itu harimau lain, harimau itu kecil sedikit dan saya rasa itu harimau betina kerana bulunya cerah sedikit berbanding harimau pertama,” katanya.

Katanya, selepas terjun ke dalam sungai, dia berlindung di bawah jambatan dan pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian.

“ Ketika itu, saya tidak tahu penduduk lain terserempak dengan harimau itu kerana sibuk membaiki rumah dengan anak.

“ Selepas dua kali terserempak, saya tidak berani keluar meminta tolong apatah lagi kedudukan rumah saya agak jauh dari kediaman penduduk lain.

“ Saya bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa harimau itu dan tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku sekiranya ia menyerang kami,” katanya.

Dalam pada itu, Suzana Mustafa, 26, berkata, dia yang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi dikejar dan nyaris diterkam harimau yang keluar dari semak pada 2 petang.

“ Suami, Zulkarnain Ismail, 31, yang menunggang motosikal di belakang menjerit meminta saya memecut laju motosikal kerana harimau itu semakin hampir dengan saya.

“ Saya memecut laju sejauh kira-kira 300 meter dan mujurlah sebuah kereta yang kebetulan ada di belakang saya membunyikan hon dengan kuat sebelum haiwan itu masuk ke kawasan semak berhampiran.

“ Saya sangat takut dan bimbang dengan kandungan yang berusia enam bulan dan sepanjang kejadian itu, saya tidak putus berdoa agar tidak menjadi mangsanya,” katanya.

Harimau Jinak Masuk Kampung

Boleh tahan besar tu woiii..jalan melenggang jer 'dia'

Posted by Madam's Sweet Cake & Cookies on Thursday, July 18, 2019

(Kepada yang bertanya nasib pakcik yang tertiarap dalam gambar di atas ketika hampir di serang harimau yang sesat di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun)

Alhamdulillah..Pakcik tu selamat. Tak kena cakar pun.

Sumber: hmetro