Cesar Pelli MeninggaI Dunia Pada Usia 92 Tahun. Siapa Sebenarnya Beliau Hingga Tun M Pun Ucap Takziah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan takziah kepada keluarga arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli, yang meningg4l dunia pada Jumaat.

Menurut Tun Dr Mahathir, beliau begitu sedih apabila mendengar khabar tentang arkitek berkenaan.

“ Saya merasa sedih apabila menerima berita kem4tian pereka yang mereka bangunan Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli dari Argentina.

“ M3ndiang yang berpangkalan di New York datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mereka bentuk bangunan ikonik Malaysia.

“ Saya ingin mengucapkan rasa takziah kepada keluarga m3ndiang dan rakan-rakan M3ndiang,” kata Dr Mahathir menerusi sebuah video di laman Twitter.

Pelli meningg4l dunia pada usia 92 tahun dan m3ndiang meninggalkan kesan besar dalam industri arkitek kontemporari.

Melanjutkan pengajian dalam jurusan senibina, nama Pelli amat sinonim dengan hasil kerjanya menghasilkan reka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia dan pelbagai lagi mercu tanda bandaraya utama.

Selain Menara Berkembar Petronas, Pelli juga turut terkenal dengan magisnya kerana mereka bentuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan kerja-kerja ubah suai muzium seni moden di New York.

Foto – Pusat Kewangan Dunia di New York

Sementara itu pemergian Pelli pada usia 92 tahun nyata meninggalkan kesan dalam industri arkitek kontemporari, lapor Reuters.

Melanjutkan pengajian dalam jurusan senibina, nama Pelli amat sinonim dengan hasil kerjanya menghasilkan reka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia dan pelbagai lagi mercu tanda bandaraya utama.

Empayar kreativitinya berkembang sehingga ke Amerika Syarikat di mana terletaknya studio utama m3ndiang.

“ Saya dengan penuh rendah diri menerima berita sedih tentang pemergian seorang arkitek yang hebat, Cesar Pelli. Takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukannya.

“ Dia merupakan seorang pencipta dan legasinya akan kekal buat selamanya dalam setiap karya rekaannya,” kata Governor Tucuman, Juan Manzur dalam Twitter miliknya.

Sebagai rekod, pada tahun 1977, Pelli dilantik sebagai dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Yale, Amerika Syarikat dan merupakan pengasas Cesar Pelli & Associates.

Foto- KLCC

Kegemilangan Pelli antaranya adalah menghasilkan rekaan KLCC yang mula dibina pada tahun 1996 dan pada waktu itu, menara berkembar itu merupakan menara tertinggi di dunia.

Selain itu, Pelli turut terkenal dengan magisnya mereka Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan kerja-kerja ubah suai muzium seni moden di New York.

Dalam pada itu, syarikat tenaga Argentina, YPF yang berpangkalan di Buenos Aires turut mendapat sentuhan Pelli.

Ternyata sentuhan Pelli bukan setakat di Argentina, malah kemegahan kreativitinya turut menjangkau hampir ke seluruh dunia.

Sumber: astroawani