Ini Luahan Hati Keluarga Kepada Gadis Pijak Al Quran

Sebelum ini, media melaporkan Empat remaja termasuk suspek pijak al-Quran telah ditahan selepas kakak kepada suspek utama membuat laporan polis berhubung video viral tersebut.

Menurut sumber, pengadu mengetahui video tersebut viral di WhatsApp ketika dia berada di rumahnya, Tanah Merah kira-kira jam 12 tengah malam.

Setelah diamati, individu yang memijak al-Quran itu merupakan adiknya, Siti Nor Liana Roslan, 17. Pengadu kemudian menyoal adiknya mengenai video tersebut dan remaja itu menjelaskan dia telah dipaksa berbuat demikian.

“Dia telah dipaksa oleh rakannya bernama Salnazira, 18, dan Syikin, 18, disebabkan seorang lelaki yang bernama Irwan. Sekiranya dia tidak memijak Al-Quran tersebut, kawannya mengugut supaya Irwan akan membuat sesuatu terhadapnya.

“Takut dengan ugutan itu, adik pengadu telah memijak al-Quran tersebut,” kata sumber.

“Siti Nor Liana Roslan telah diugut oleh dua remaja terbabit untuk mengetahui adakah dia pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki bernama Irwan.

“Namun dia telah menafikan. Dua remaja itu kemudian memaksa Siti Nor Liana melakukan sumpah dengan cara memijak al-Quran yang dibawa oleh Shalnazira bagi mengukuhkan penafian tersebut.

“Bagi menafikan tuduhan, Siti Nor Liana telah bersumpah dengan cara memijak al-Quran tersebut,” kata sumber.

Berdasarkan keterangan dari remaja itu, empat orang terlibat dalam kejadian itu dan kesemua suspek telah ditahan semalam dan awal pagi ini untuk disiasat.

Berikut Penjelasan keluarga remaja yg pijak Al-Quran

Team LKK dipanggil untuk menyampaikan cerita dan keadaan sebenar gadis remaja yg diviralkan

Berikut antar intipati temurah bersama keluarga m@angsa

Menurut bapa dia, Anak Masih di Balai Polis Tanah Merah

Siapa Irwan?

Bila ditanya Siapa Irwan, keluarga juga tidak kenal
Menurut mereka lagi, keluarga juga tidak pasti jika gelang anak mereka sudah dijual oleh Irwan

Menurut kakak suspesk, dia mengetahui vidoe tersebut dari kawan dan bila ditanya adik dia mengaku
Selepas adik mengaku, kakak pada mulanya nak marah, tapi memikirkan perkara sudah viral dia terus membuat laporan polis
Menurut kakak suspek lagi, adik dia  cakap dia divugut, jika tidak Irwan akan melakukan sesuatu kepada dia

Tujuan temuramah ini adalah untuk menjernihkan keadaan

Menurut nenek suspek, dia sangat sedih dengan apa berlaku dan sudah 3 hari dia tidak selera makan nasi
Kita sebagai netizan, perlulah menghentikan sebarang kecaman, kerana suspek telah diambil tindakan

Menurut keluarga, Suspek juga jenis lurus bendul. Temurah ini dilakukan selepas mendapat keinzinan dari keluarga
Semoga orang diluar sana dapat memahami situasi yang ditanggung keluarag m@angsa

Penjelasan keluarga remaja yg pijak Al-QuranTeam LKK dipanggil untuk menyampaikan cerita dan keadaan sebenar gadis remaja yg diviralkanSila share belako..

Posted by Live kelate kito on Saturday, July 20, 2019

JANGAN CEPAT JATUH HUKUM PADA GADIS YANG MEMIJAK AL QURAN

TANAH MERAH – Masyarakat jangan terus menghukum pelaku dan keluarga remaja perempuan yang memijak al-Quran namun perlu mushasabah diri atas kejadian itu.

Pengerusi Pakatan Harapan Tanah Merah, Bahari Mohd Nor berkata, melalui maklumat yang diperolehi remaja berkenaan merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Menurutnya, sepatutnya rakan sebaya atau kejiranan setempat tidak mengambil kesempatan dalam isu ini dengan terus menghukum pelaku.

“Seharusnya kita mengambil perhatian dan memberi nasihat kepada keluarga remaja itu dan menjadikan perkara ini pengajaran supaya mengawasi anak-anak remaja di luar sana,” katanya.

Katanya lagi, jangan kerana kejadian ini, kita terus menghukum dan menyalahkan remaja berkenaan di atas kenaifan mereka

“Siasat dulu latar belakang keluarganya dan selami permasalahan mereka dan jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang juga boleh mengguris perasaan keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sebagai seorang bapa yang mempunyai anak semakin meningkat remaja, penularan video itu juga memberi kesan terhadapnya.

“Sebagai bapa saya juga turut merasa sedih dengan kejadian ini memandangkan ia melibatkan perlakuan remaja perempuan dari daerah Tanah Merah.

“Apa yang kita harapkan supaya siasatan dapat dijalankan secara telus terhadap mereka yang terlibat menyebarkan video ini dan bukan hanya menyalahkan pelaku,” katanya.

sumber: sinar harian , hmetro