“Saya Percaya Dia Akan Ambil Berat Mengenai Anak Kami”, Kata-Kata Terbaru Oksana Cetus Tanda Tanya

Peguam kepada SuItan Muhammad V, Koh Tien Hua hari ini dikatakan mengesahkan SuItan Kelantan SuItan Muhammad V telah mencer4ikan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dengan talak tiga.

Sinar Harian memetik Koh berkata bahawa firma guamannya sudah menghantar surat cer4i talak tiga itu kepada peguam Rihana.

“ Kami ialah peguam untuk SuItan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercer4i talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahk4mah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Percer4ian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

“ Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” kata surat firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura.

Spekulasi pencer4ian SuItan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil pencer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.

Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan Malaysiakini bahawa dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

New Straits Times (NST) dalam laporan sebelum ini memetik sumber menyatakan, pasangan itu bercer4i pada 22 Jun lalu, manakala pemfailan cer4i adalah pada 1 Julai di Mahkamah Syariah Singapura.

NST turut dilaporkan sebagai berkata, salinan sijil pencer4ian kedua-dua pasangan yang tular itu adalah sah dengan pencer4ian “talak tiga buat kali pertama” atau talaq baayin.

Kisah rumah tangga pasangan diraja ini mencuri perhatian rakyat Malaysia, apabila SuItan Muhammad V dilaporkan bercer4i dengan wanita berusia 26 tahun itu.

Namun, portal berpengkalan di Singapura, berita.mediacorp.sg yang memetik kenyataan Mahkamah Syariah Singapura pada 19 Julai berkata, mahkamah itu tidak mempunyai rekod pencer4ian difailkan SuItan Muhammad V dan Rihana.

Istana Kelantan masih tidak memberi kata putus berkaitan status pasangan ini, sebaliknya mengeluarkan penegasan, tidak ada pihak boleh digelar permaisuri Kelantan, raja perempuan Kelantan, suItanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi.

Malaysiakini juga sudah beberapa kali menghubungi pihak istana bagi mendapatkan pengesahan berhubung isu ini tetapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

“Saya sayangkan suami saya” – Rihana

Sementara itu dalam laporan berasingan bertarikh 20 Julai 2019, bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko mendakwa masih isteri kepada SuItan Kelantan, SuItan Muhammad V.

Memetik laporan Malaysiakini, Rihana berkata, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk mendengar lafaz cer4i dijatuhkan, sebaliknya berada di Rusia bersama putera pertamanya.

“ Secara peribadi saya tak pernah dengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka kepada saya.

“ Saya di Rusia bersama dengan anak. Saya dan anak tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu u ntuk bercer4i,” katanya.

Rihana turut mengutuk langkah pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil pencer4ian membabitkan dirinya dan SuItan Muhammad V.

Menurutnya, ia adalah tindakan prov0kasi berikutan dia dan SuItan Muhammad V tidak pernah bercer4i.

“ Ia adalah tindakan prov0kasi. Kami tidak pernah bercer4i,” katanya.

Dia turut memberitahu, perasaan sayang dan cinta pada suaminya masih menebal, malah percaya SuItan Muhammad V akan memberi sepenuh kasih sayang pada zuriat mereka.

“ Saya sayangkan suami saya. Saya percaya dia akan mengambil berat mengenai anak kami,” katanya.

Sumber: sinarharian & malaysiakini