‘Selama 9 Hari Berdiam Diri Didakwa Punca Fizo dan Mawar Berpisah’ Akhirnya Ibu Fizo Buka Mulut

Selepas sembilan hari berdiam diri apabila didakwa menjadi orang ketiga dan punca percer4ian anak dan menantu, akhirnya ibu Fizo Omar tampil menegaskan dia tidak ada kena mengena dengan perpisahan anaknya hari ini.

Hasnah Jidin, 59, menegaskan, tuduhan tersebut amat berat untuk diterimanya hingga menjejaskan tahap kesihatan selain menjatuhkan reputasi dirinya dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat.

“Beritahu saya ibu mana yang mahu anaknya bercer4i. Saya menentang sekeras-kerasnya apabila dapat tahu mereka mahu bercer4i. Kalau ada yang kata saya mengh4sut, semua itu d4sta semata-mata.

“Malah saya menasihati mereka agar berbaik semula kerana mahu sangat melihat mereka hidup bersama sebagai satu keluarga yang bahagia.

“Tiba-tiba saya pula dituduh. Apa yang sebenarnya berlaku ini,” katanya kesal sekaligus menjawab tuduhan warganet sebagai punca yang mendorong menantunya memfailkan percer4ian.

Mengulas lanjut, Hasnah memberitahu dia juga mengalami kesukaran untuk tidur malam, penyakit d4rah tinggi dan diabetis tidak menentu kesan daripada tuduhan liar yang berleluasa dalam media sosial sejak anaknya bercer4i.

“Saya tidak membaca gosip. Tapi apabila perkara ini dibangkitkan, hati saya sangat tersentuh. Saya ini orang tua, bukan juga artis, jadi tidak elok dijadikan bahan bualan untuk topik negatif sebegini.

“Oleh itu saya minta hentikan cerita tidak benar ini. Berilah ruang kepada saya untuk hidup tenang bersama anak-anak selain dapat beribadah dengan sempurna,” katanya lagi.

Ibu bintang filem Isyarat Cinta itu menjelaskan perkara tersebut dalam satu pertemuan bersama wartawan di rumah Fizo di Bandar Baru Bangi, Selangor petang ini.

Nama ibu Fizo dipetik sebagai punca percerai4n menerusi penjelasan “berkorban kasih demi Fizo dan keluarganya” secara berulang-ulang kali sejurus selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada 10 Julai lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 10 November 2013. Menerusi perkahwinan selama enam tahun itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

sumber : MHE TV