Selepa Kecoh Pelanggan Meng4amuk Dapat Ayam Busuk Berulat, Ini Tindakan Pantas KKM Kepada Restoren

PORT DICKSON – Sebuah restoran mamak di Batu 6 di sini, diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati kotor.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata, asil pemeriksaan dilakukan restoran itu didapati melanggar akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.

“Kita sudah arahkan restoran ini ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Selain itu empat notis turut dikeluarkan kepada restoran tersebut di bawah PPKM 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, premis yang diarah tutup kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu kesalahan dan tahap kebersihan yang sangat rendah serta perlu diambil tindakan segera.

Ayam goreng yang dikatakan berulat (bulatan merah). Gambar kecil: Dr Zainuddin.

“Pengendali makanan dinasihatkan mengambil perhatian serius serta sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan hidangan kepada pelanggan, terutamanya premis yang beroperasi 24 jam.

“Jabatan Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau serta akan memastikan mana-mana aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan diadakan siasatan serta tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 3.16 minit dilaman sosial yang menunjukkan seorang pelanggan berang apabila keluar ulat dari ayam goreng yang dimakannya.

Pelanggan itu menyatakan tidak berpuas hati terhadap pengurusan restoran tersebut yang dianggap pengotor serta tidak menjaga kebersihan makanan disediakan.

Ayam berulat

[RAKAMAN PENUH] SAMBUNGAN KES PELANGGAN MENGAMUK BILA RESTOREN MAMAK BAGI AYAM BUSUK BERULAT.**Follow Media 2020 untuk info2 panas

Posted by Media2020.net on Sunday, July 21, 2019

Lelaki ini mengamuk sebab dalam makanan ada ulat. Memang banyak!😱Lokasi: Teluk Kemang👉👉Follow Media 2020 untuk info panas

Posted by Media2020.net on Sunday, July 21, 2019

p/s: Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada pengusaha-pengusaha restoran mamak yang lain. Kes-kes seperti ini bukan sekali terjadi, seblum ini banak kali kes yang serupa ditularkan di media sosial

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : Sinar Harian