Titisan Air mata ibu sebelum ke Tanah Suci Buat Ramai Yang Sebak Kehilangan Anak Menantu Sekelip Mata

SUASANA hib4 dan seb4k menyelubungi pekarangan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam dengan kehadiran lebih 50 kenalan kepada Muhammad Hamadi Zakaria, 31, dan Nur Syuhadah Zaini, 31.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu meningggal  selepas terbabit dalam kem4langan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, jam 8.30 pagi.

Ahli keluarga kedua-dua keluarga terbabit dilihat berkumpul di surau PPUM sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.

JENAZ4H dibawa ke tanah perkuburan. NSTP/SAIRIEN NAFIS

Bagaimanapun, kelibat dua anak pasangan terbabit iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2, tidak kelihatan kerana difahamkan berada di rumah mereka di Seksyen 19, Shah Alam.

Halimah enggan ditemubual dan dilihat menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan berikutan kehilangan anak serta menantunya.

Sementara itu, Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa.

“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kem4langan yang mengorb4nkan nyawa anak dan menantu.

“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, hari ini dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Menurut Zakaria, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja.“Inilah yang dinamakan ketentuan. Saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua jen4zah kemudian dibawa ke Madrasah Hidayah, Seksyen 11, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Seksyen 21, semalam.

sumber metro