“Ya Allah Sukanya Tengok Keluarga Ni…” – Percutian Norman Hakim dan Keluarga Besarnya Tarik Perhatian

Semua dia beri sama adil ciuman.. Sampaikan suami Abby pun dia dah kiss pipi.. Siap kiss kepala sekali tanda sayang dan hormat. Tak tahulah nak cakap macam mana. Respect!”

Sebaik pulang dari mengerjakan umrah, Norman Hakim terus bergegas ke Pulau Redang di Terengganu untuk bersama-sama ahli keluarganya.

Sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Norman Hakim dan ahli keluarga mereka sentiasa menjadi perhatian netizen yang gembira melihat betapa eratnya hubungan mereka.

Walaupun Norman telah berkahwin dengan Memey Suhaiza setelah berpisah dengan Abby Abadi, namun kesemua mereka mengambil pendekatan untuk tidak bergaduh, malah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Abby Abadi juga telah berkahwin lain bersama Faizal Zakaria dan mereka ke tepikan apa juga perasaan demi kebahagiaan bersama serta anak-anak.

Seperti satu komen panjang yang ditulis oleh @adiqzurin di ruangan komen entri video Norman Hakim.

“Semuanya bermula dari akhlak yang baik. Bermula dari ketua keluarga yang pandai membimbing isteri dan anak-anak. Bermula dari sifat menghormati tak kira tua or muda. Bermula dari belajar atas semua kesilapan dan berubah ke arah yang lebih baik. Bermula dari istiqamah. Maka lahirlah keluarga yang bahagia penuh dengan kasih sayang lillahitaala. Alhamdulillah,” komen @adiqzurin.

VIDEO :

Rata-rata peminat memuji keharmonian rumah tangga mereka dan kesungguhan mereka untuk menjadi satu keluarga yang besar, penuh kasih sayang dan saling menghormati.

“Ya Allah aku teringin nak keluarga aku bahagia macamni.. Penuh kasih sayang,” komen @miszzmieyraa.

“Sebak tengok video ni. Dapat rasakan kerinduan kepada keluarga tersayang,” tulis @lingzira pula.

Sumber: Instagram normanhakim via gempak / LepatPisang