Tidak Hadir Waktu Pertabalan Agong Najib Razak Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar

Sebelum ini salah seorang pegawai Dato’ Sri Najib Razak telah mengesahkan bahawa beliau tidak dapat hadir sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam.

Ini berikutan tular di media sosial dakwaan mengatakan tempat duduk beliau telah diubah dari barisan tetamu kehormat ke barisan belakang.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Abdul Rahim Hilmi Zakariya hari ini mendakwa bahawa pihak protokol Istana pada awa1nya telah menetapkan Najib, selaku mantan perdana menteri, duduk di tempat duduk ke-10 barisan hadapan bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula di tempaat duduk ke-6.

Be1iau seterusnya mendakwa bahawa tempat Najib telah diubah ke tempat duduk Orang Besar Pahang yang berada di barisan be1akang.

“ Cubaan mengubah kedudukan 0rang kenamaan ketika program istiadat pertabalan haanya kerana si A tak mahu teng0k muka si B menunjukkan rasa tidak hormat dan s0mbong,” tulisnya.

“ Pakaian Orang Besar Pahang dan pakaiaan bekas perdana menteri mana sama. Setiap jawataan ada protoko1nya,” tambahnya lagi.

Seorang pegawai Najib sewaktu dihubungi FMT mengesahkan bahawa tempat duduk Najib telah diubah, dan Mantan perdana menteri itu tidak dapat hadir di majlis istiadat tersebut.

“ Najib tidak hadir se1epas mengetaahui perkara itu,” katanya yang ketika itu sudah berada di istana untuk majlis istiadat berkenaan.

“ Tunggu maklum balas daripada Najib.”

Sementara itu, seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri telah menepis catatan di FB itu sebagai “tidak sahih”.

Beliau menjelaskan bahawa PMO sememangnya tidak terlibat da1am susunan tempat duduk di majlis gilang gemilang tersebut.

“ Semua bahagian istiadat dan protokol,” katanya lagi.

Ini Jawapan DS Najib Razak

Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar

Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya.

Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan.

Kalau di ikutkan memang logik juga apabila kita pada awalnya sudah bersedia dengan pakaian protokol lain tetapi saat akhir telah diubah macam mana kita nak ada masa nak cari pakaian baru ikut protocol dalm waktu yang singkat.

Sumber: awatttsyeikhh