Tidak Lahir Dari Rahim Yang Sama, Tapi Tuhan Tetapkan Kami Bersaudara

Daripada panggilan Mukhsin, Wadi, Mat Dan dan lain-lain lagi mengikut watak yang dipegang, Syafie Naswip tidak jauh bezanya dengan segelintir pelakon lain dan tidak juga sama dengan lainnya.

Bukan lahir daripada keluarga yang senang, dia menapak sedikit demi sedikit untuk meletakkan dirinya dalam industri. 14 tahun sebagai pelakon mungkin bukanlah tempoh yang lama, tetapi untuk seorang pelakon yang bermula dari keciI, seluruh membesarannya di dalam industri.

Memenangi pelbagai anugerah juga tidak membuatkan dia bessar kepala, tetapi lebih menjadikannya berpijak di dunia nyata. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah berlakon dengannya. Tanyalah pengarah atau sesiapa sahaja dalam produksi yang dilakonkannya. Anak muda ini sentiasa merenndah diri, menghormati orang lain dan pandai menjaga diri.

Walaupun pernah bertemu beberapa kali di majlis-majlis anugerah, tetapi saya mula kenal dengan Syafie Naswip apabila diperkenalkan oleh pelakon dan pengarah Sharifah Amani serta pelakon dan pengarah Megat Sharizal.

Pertemuan diatur kalau tidak salah saya lebih 6 hingga 7 tahun dahulu di The Curve, Damansara. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk meminta saya menguruskan urusan lakonan Syafie dan juga mendidik adiknya Sapawi untuk menjadi pengurusnya yang lebih efisyen.

Memang agak berrat untuk saya kerana saya sudah punya kerja tetap, dan bermakna ruang-ruang kosong perlu saya gunakan untuk mereka berdua ini. Namun selepas berbincang, saya bersetuju untuk tempoh tiga bulan sahaja. Saya rasa itu sudah memadai.

Tiga bulan membawa kepada 6 hingga 7 tahun.

Kenapa? Kerana mereka berdua bukan insan-insan yang sukar dijaga dan dibentuk. Mereka menghormati saya bukan setakat seorang yang menguruskan mereka, tetapi juga sebagai seorang abang.

Syafie dan Sapawi adalah anak muda yang jujur. Jujur dalam bekerja, jujur dalam banyak perkara. Orang di dalam industri tahu, dan orang yang rapat dengan keluarga mereka juga tahu.

Syafie anak tunggal, dan Sapawi diambil oleh emak dan ayah Syafie sebagai anak sejak berumur 12 tahun dan tinggal bersama mereka sejak selepas tamat PMR. Daripada bekerja di sebuah bank, Sapawi berhenti atas permintaan Syafie untuk menjaga dan menguruskan kerjayanya sebagai pelakon. Lebih mudah kalau adik sendiri yang menguruskan kerjaya abangnya.

Kerana anak tunggallah, Syafie turut mencari kasih sayang selain daripada emak, ayah dan adiknya. Sebab itulah dia punya ramai ibu angkat, kakak angkat, abang angkat dan sebagainya. Kenapa sampai nak ‘berangkat-angkat’? Kerana anak muda yang bernama Syafie Naswip ini telah dididik daripada kecil untuk menyayangi orang yang menyayanginya.

Kelakar juga kerana saya turut memanggil emak dan ayah Syafie dengan panggilan yang sama, emak dan ayah! Ibu angkatnya juga saya panggil ibu, makcik-makciknya juga saya panggil Maksu, Maklang dan sebagainya walaupun mungkin kami hampir sebaya.

Rasa hormat yang diterapkan ini yang membuatkan ramai orang industri rap4t dengan Syafie. Pelakon-pelakon yang melakonkan watak ibu kepada karakter Syafie dalam filem, mahupun drama pasti akan terus memanggil Syafie dengan nama wataknya.

Dia seorang yang menyanjung wanita. Mengumpul wang selama beberapa tahun hanya untuk membelikan rumah buat emaknya. Biarlah apa orang nak kata, saya kenal dia lebih daripada beberapa kerat di luar sana.

Banyak lagi yang ingin saya tulis, tapi saya rasa cukuplah setakat ini dulu. Kenapa saya menulis tentang Syafie hari ini? Ya, betul kerana dia adik saya dan yang kedua kerana hari ini adalah hari lahirnya yang ke27 tahun.

Selamat hari lahir Syafie Naswip. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang, dan sentiasa di bawah perlindungan Allah swt. Insya-Allah, semuanya baik-baik sahaja.

Dan biarpun kita tidak dilahirkan daripada r@him yang sama, tetapi Allah swt telah menetapkan bahawa kita adalah adik dan abang.

Sumber: Bila Badrul Bicara via Gempak