Anak Gadis Mr Os Sudah Berjaya Bergelar Doktor

Memandangkan terdapat pepatah bahawa Kasih anak sepanjang tiang dan kasih ibu bapa sepanjang masa. Semoga kita dapat membahagiakan ibu bapa ketika sepanjang masa.

Ini bukan soal wang kerana rata-rata ibu bapa terutama yang sudah berusia sebenarnya mengharapkan perhatian dan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada anak.

Usah sesekali menyalahkan pendapat mereka walaupun sesetengah perkara itu bercanggah dengan pandangan anda. Sebaliknya, sabarlah dalam melayani ibu bapa seperti mana mereka sabar ketika menjaga kita sewaktu kecil.

Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan,” kata Syafiqa Hayra Mohd Yusof, 26, anak kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os.

Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Syafiqa Hayra yang menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu berkata, penganugerahan itu juga adalah bayaran kepada pengorbanan kepada kedua-dua orang tuanya.

Syafiqa Hayra berkata, dia sedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya, namun menganggapnya sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang terbabit.

Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.

Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan. Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan penyakit yang dialami.

“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal. Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,” katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kubur ayah setiap kali balik bercuti.

Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak Selangor dan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak ini berkata, dia berjanji akan menghabiskan latihan perubatannya selepas ini kerana mahu menunaikan janji yang sudah diberikan kepada arwah ayahnya.

“Saya juga mahu usaha dan kerja keras selama ini dilihat berbaloi. Banyak benda yang perlu dipelajari dalam bidang perubatan,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan pihak Zakat Perak serta Selangor kerana banyak memberi dana atau bantuan kewangan untuk menghabiskan ijazah terbabit. Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Luangkan masa sekerap mungkin pulang ke kampung kerana itu adalah langkah terbaik untuk memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Manfaatkan masa kita sebaik-baiknya sementara mereka masih ada, walaupun kita tidak tahu siapa yang akan ‘pergi’ dulu. Dengan meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa, kita dapat mencipta kenangan indah yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli.

Sumber:hmetro