Eyka Farhana Seronok Bercuti Di Bali Namun Orang Ramai Terkejut Apabila Melihat Objek Di Tangannya.

Eyka Farhana, 24, belum mahu memikirkan soal jodoh biarpun mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka. Pelakon kecil molek yang mula dikenali menerusi filem Juvana 2 dan 3 itu berkata, dia belum bersedia menjalinkan hubungan lebih serius.“Saya bukannya mahu mempermainkan perasaan lelaki, tetapi saya tiada masa untuk memikirkan soal hati dan perasaan.

“Saya bimbang si dia tidak tahan jika menjalinkan hubungan berikutan jadual kerjaya saya yang terlalu padat. Jangankan nak keluar dengan kekasih, mahu meluangkan masa bersama keluarga juga saya tiada masa”.

Eyka Farhana kini sedang menikmati percutian menenangkan di Bali. Pelakon ini kongsi foto percutian di Instagram.

Memperlihatkan keindahan Pandai Mertasari Sanur sebagai objek latar, pelakon, Eyka Farhana yang kini berada di Bali memuat naik sekeping foto yang menjadi bahan bualan netizen.

Semuanya gara-gara objek yang terdapat di tangannya.“I Love You 3000,” tulisnya.

Lantas, netizen mengandaikan pelakon berusia 24 tahun ini sedang memegang nanostix atau sejenis rokok elektronik.

Namun, rata-rata menyambut kembali salam sayang yang diucapkan pelakon Bukan Cinta Aku itu.

Eyka kini sedang menikmati percutian menenangkan di Bali. Pelakon ini kongsi foto percutian di Instagram.

VAPE atau rokok elektronik boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru bagi sesiapa yang menghisapnya.

Sudah menjadi gaya belia masa kini menghisap vape kerana mengikut trend sekali pun bukannya perokok. Ramai juga yang menganggap bahawa vape lebih sihat jika dibandingkan dengan rokok tembakau.

Kebanyakan orang telah terjebak dengan vape sebagai batu loncatan untuk berhenti merokok. Namun, mereka tetap sukar untuk berhenti.

Selain itu, vape mampu membuatkan seseorang ketagih dengan adanya pelbagai jenis perisa seperti rasa coklat, vanila, buah-buahan dan lain-lain.

Penelitian ringkas menunjukkan kadar bahan kimia yang terdapat dalam vape adalah kecil berbanding kandungan bahan kimia dalam rokok tembakau.

Sumber:MH