Neelofa Menangis Pertama Kali Rasa Hujan Turun Di Mekah

Daripada cuaca pannas teriik disusuli hujan lebat ketika umat Islam melaksanakan wukuf di Padang Arafah beberapa hari lalu ternyata memberi keinsafan buat pelakon dan pengacara, Neelofa.

Berangkat ke Tanah Suci Rabu lalu bagi menunaikan ibadah Haji, Neelofa memberitahu dia tidak akan mengendalikan dua laman sosial miliknya sehingga dia pulang daripada mengerjakan rukun Islam Kelima itu.

Menerusi satu entri, Neelofa menitipkan satu pesanan dimana akaun Facebook dan Twitter rasminya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya sepanjang keberadaannya di Tanah Suci.

Dijemput menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini, Neelofa menyifatkan ianya pengalaman yang tidak akan dilupakan. Neelofa turut meluahkan rasa syukur apabila Allah menurunkan hujan tatkala cuaca ketika itu pannas terrik.

“Kemudian angin kuat dan berpasir pelik sebab tak sangka hari wukuf jadi berangin dan sejuk.

Tergamam tak terkata

“Kemudian hujan mula turun. Saya dan mak sahaja berada di luar khemah. Perasaan semasa hujan turun ni hanya Allah yang tahu. Tergamam, tak terkata,” tulisnya.

Turut berkongsikan pengalaman indah itu di Insta Story, Neelofa berkata dia turut menyaksikan umat Islam keluar dari khemah untuk melihat fenomena perubahan cuaca itu serta menadah tangan berdoa kepada Allah.

Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat kepada pengikutnya dan mendoakan agar para pengikutnya turut dijemput untuk menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci.

Sumber : RotiKaya via celotehsaje